• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paramedik Dipuji Selamatkan Tupai Tersekat Cawan Yogurt

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video berdurasi satu minit memaparkan situasi beberapa orang paramedik cuba menyelamatkan seekor tupai yang tersekat kepalanya di dalam sebuah cawan yogurt mendapat perhatian ramai netizen.

Video berkenaan sempat dirakam oleh anggota paramedik Enfield di Connecticut, Amerika Syarikat yang terdiri daripada beberapa anggota lelaki dan mereka berhempas pulas cuba memberikan bantuan kepada tupai yang dalam ketakutan itu.

Paramedik Dipuji Selamatkan Tupai Tersekat Cawan Yogurt

Bagaimanapun, menurut laman berita antarabangsa Mirror, usaha mereka menjadi rumit apabila mangsa asyik melompat-lompat ke udara dipercayai mungkin cuba menanggalkan kepalanya yang tersekat itu.

Selepas beberapa percubaan, mereka berhasil menangkap mamalia kecil itu dan mengeluarkan kepala yang tersekat sebelum mangsa dilepaskan kembali ke dalam kawasan semak berdekatan.

Tambah laman itu lagi, hampir 300,000 netizen telah menyaksikan video aksi dramatik berkenaan yang dimuat naik ke laman Facebook.

Paramedik Dipuji Selamatkan Tupai Tersekat Cawan Yogurt

Malah sesetengah daripada mereka mencadangkan agar anggota paramedik terbabit diberikan penghargaan kerana telah menyelamatkan nyawa tupai tersebut.

Salah seorang daripada mereka menulis: “Dua orang daripada anggota itu harus menerima pujian daripada penduduk bandar.”

Selain itu ia juga memaparkan kemurnian hati dan kesanggupan anggota paramedik tersebut dalam membantu tupai berkenaan.

Video yang dimaut naik itu secara tidak langsung menggesa dan mengajak orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membuang sampah atau bahan kitar semula mereka dalam usaha mengurangkan ancaman terhadap hidupan liar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Connecticutparamediktupaiyogurt
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Wajah Adik Ini Beri Gambaran Jelas Krisis Syria

Next Post

Reka Bisnes Kad Anda Dengan Peranti Pintar!

Related Posts

Jurufoto Teruja Kelibat Spesies ‘Rare’ Tupai Albino

17/02/2019
0

SEORANG jurufoto berjaya merakam spesies unik tupai albino di Terusan Lincolnshire, United Kingdom (UK). Stephen Plant pada mulanya berada di...

Tupai Payudara Besar Jadi Sensasi Internet

25/10/2018
0

WOW!... Sering kali gambar-gambar lucah wanita begitu pantas menular menerusi platform media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi 'panas' daripada para...

Next Post

Reka Bisnes Kad Anda Dengan Peranti Pintar!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd