• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nigeria Batal Bina Pusat Filem Akibat Dibantah Ulama

oleh
03/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABUJA – Hasrat kerajaan Nigeria membangunkan sebuah kawasan khas pusat perfileman bernilai 3.2 bilion naira (kira-kira RM40.4 juta) dibatalkan setelah ditentang golongan ulama tempatan.

Pembatalan projek tersebut menjadi tamparan kuat terhadap industri filem Nigeria yang sedang berkembang pesat apatah lagi jika wujud ia mampu menjana peluang pekerjaan untuk ribuan penganggur di bandar perfileman Kano.

Penasihat Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari iaitu Abdurrahman Kawu Sumaila memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa pembatalan projek besar ini merupakan bukti bahwa pemerintah mendengar suara hati rakyat.

“Rakyat sudah menyatakan pendapat mereka dan pihak pemerintah harus mendengar itu,” ujar beliau. Projek mega tersebut mulanya bakal dibangunkan atas kawasan seluas 20 hektar mengambil konsep Hollywood dan Bollywood.

Di kompleks itu, pihak berkuasa merancang memajukan sebuah zon perfileman, auditorium dengan kapasiti 400 orang, kawasan penginapan, pawagam, restoran, hotel tiga bintang, pusat beli-belah, stadium dan klinik kesihatan.

Namun, ulama setempat mengecam keras projek besar tersebut kerana menganggap sekiranya dilaksanakan ia akan membawa lebih banyak kerosakan moral penduduk dan melanggar nilai-nilai Islam berbanding faedah ditawarkan.

“Kami tidak ingin, kami tidak perlu, pemerintah harus membangunkannya di tempat lain. Kami akan terus kecam individu di sebalik projek ini,” kata Abdullahi Usman Gadon-Kaya, ulama kota Kano yang menentang projek itu.

Nigeria Batal Bina Pusat Filem Akibat Dibantah Ulama

Seruan tokoh agama terkenal Nigeria itu kemudian diperbesarkan pelbagai stesen radio tempatan dan mereka yang aktif di ruang media sosial setempat apabila semuanya menentang usaha pembangunan projek mega tersebut.

Sementara itu, Danjuma Wurim Dadu dari Perusahaan Filem Nigeria menyatakan pada sidang media di Kano, lebih 960 juta naira (RM12 juta) akan dilabur untuk pembangunan pusat yang mampu menyediakan 10,000 pekerjaan.

Pembangunan pusat perfileman itu ditujukan sebagai menunjang industri filem tempatan yang popular disebut dengan istilah ‘Kannywood’ dan mencecah 38 peratus daripada keseluruhan jumlah filem keluaran Nigeria.

“Sebenarnya ini peluang kesempatan untuk menyediakan lapangan kerja bagi belia yang kini banyak menganggur sampai ramai berniaga ubat tradisional sebagai kegiatan mereka,” kata penganalisis filem setempat, Mudan Saidu.

Dalam pada itu, produser filem terkenal, Sani Muazu menyatakan, projek tersebut sebenarnya dapat memberi manfaat untuk meningkatkan kualiti filem Nigeria dan memicu pendapatan menerusi penghasilan filem tempatan.

Kano pada 1980-an pernah menikmati kemakmuran daripada industri tekstil yang kemudian ‘hilang’ akibat kurang bekalan elektrik, kadar tinggi faedah pinjaman dan tidak dapat bersaing dengan lambakan barangan import murah.

Nigeria Batal Bina Pusat Filem Akibat Dibantah Ulama

Situasi tersebut mengakibatkan 400 daripada 500 gedung tekstil di Kano ditutup malah membuatkan ribuan orang menjadi penganggur, sekali gus Kano menjadi kota raya dengan angka pengangguran paling tinggi di Nigeria.

Secara umum industri filem Nigeria bermula pada 1992 lalu dengan tujuh syarikat produksi dan dalam masa hanya satu dekad, ia berkembang pesat sehingga menjadi lebih 2,000 syarikat produksi dan 315 studio penyuntingan.

Menurut data Persatuan Pengamal Perfileman Nigeria (MOPPAN), industri filem memberikan pekerjaan kepada 60,000 orang sehingga Nigeria dikenal dengan istilah Nollywood kerana menghasilkan 200 filem dalam sebulan.

Lebih unik, ratusan judul filem Nollywood ini kebanyakan diproduksi di wilayah selatan negara tersebut serta dirakam dalam bahasa Inggeris, Yoruba dan Igbo. Filem-filem Nigeria sangat terkenal di rantau Afrika Barat.

Sementara di wilayah utara, pengeluaran filem-filem Nollywood lebih khusus untuk masyarakat berbahasa Hausa yang berjumlah lebih 60 juta orang dan juga disebarkan secara luas di beberapa negara wilayah Afrika Barat.

Namun, para ulama setempat dikatakan mengawasi ketat penghasilan filem negara itu agar tidak ‘meniru’ aksi bebas ala bintang Hollywood dan Bollywood yang jelas memang tidak patuh Syariah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodhollywoodNigeriaNollywood
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Media Perlu Bekerjasama Papar Islam Sebenar – TPM

Next Post

Pemain Pokemon Go Terakam Aksi 18SX

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

23/11/2022
0

ABUJA – Lebih 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah diculik apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu empat buah kampung di...

Next Post

Pemain Pokemon Go Terakam Aksi 18SX

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd