• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Dakwa Uqasha Berhijab Untuk ‘Trend’

oleh AK-47
30/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN keputusan membuka hijab yang diumumkan semalam, Uqasha Senrose menerima pelbagai  reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakannya itu di laman sosial.

Pelakon teater ‘Ombak Rindu’ ini turut dikritik kerana keputusannya bertudung dahulu disebabkan putus cinta.

Ada netizen yang menganggap keputusan Uqasha bertudung hanya disebabkan ‘trend’ dan bukan kerana kewajiban sebagai seorang muslimah. Ini ditambahkan lagi dengan dakwaan netizen mengenai ada di kalangan artis yang memakai tudung hanya untuk menjual tudung, ikut musim, putus cinta, bercinta dan sampai seru.

Netizen Dakwa Uqasha Berhijab Untuk 'Trend'

Netizen juga mempersoalkan kenyataan Uqasha yang mengakui kesilapannya dengan memakai tudung kerana dianggap hanya mahu tunjuk baik.

Pemilik akaun Facebook, Norai Jaffar berkata, “Dia mengaku khilaf … konon-konon statement tu dia tunjuk baik diri dia sebab mengaku … tapi soalnya sekarang dah tahu kau khilaf … kenapa tak pakai tudung? Sepatutnya dah tahu khilaf tu cuba perbaiki diri kearah yang lebih baik … ini tidak makin songsang pulak … hurmm tak faham aku apa maksud pengakuan khilaf dia tu? … dia ni dh macam plastic pulak … berpura-pura baik, nampak sopan santun, lembut tapi … berpura-pura! Nauzubillahiminzaliq … mintak jauhkan la dari kaum keluarga ku…”

Difahamkan, susulan pelbagai kritikan yang diterima, Uqasha bertindak menukar fungsi mod akaun Instagramnya kepada private.

Namun begitu, ramai juga yang masih berfikiran positif dan mendoakan pelakon kesayangan mereka itu mendapat hidayah dan terbuka hati untuk memakai hijab dengan ikhlas dan kekal selepas ini.

Ada juga yang menganggap keputusan Uqasha itu hanya kerana ingin bersikap tidak menipu diri sendiri selain tidak lagi perlu berpura-pura melakukan sesuatu secara tidak ikhlas.

Semalam, Uqasha mendedahkan dirinya tidak mahu lagi bertudung dan mengakui bahawa selama tiga tahun berhijab, imannya seakan tidak stabil.

Malah, keputusan bertudung dulu dibuat kerana kecewa putus cinta dan merasakan beliau seperti munafik kerana menonjolkan sikap yang tidak bertepatan dengan imej berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ARTIS BERHIJAB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

Next Post

Pasangan Mat Saleh Ini Lagi ‘Malaysia’ Daripada Kita

Related Posts

Fathia Latiff Mohon Peluang Perbaiki Diri

24/09/2017
0

AKTRES cantik, Nur Fathia Abdul Latiff mengakui dia perlu lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelakkan dirinya terpalit dengan kontroversi lagi....

Sheera Sedih Disuruh Buka Tudung Untuk Berlakon

03/06/2017
0

PELAKON Sheera Iskandar yang sudah tiga tahun mengenakan hijab mengakui pernah diminta membuka tudung oleh pihak produksi yang menawarkannya berlakon....

Next Post

Pasangan Mat Saleh Ini Lagi 'Malaysia' Daripada Kita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd