• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Diarah Rapatkan Semula Saf Kepimpinan UMNO

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALI – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman telah diarahkan supaya merapatkan semula barisan kepimpinan UMNO di negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan kembali Barisan Nasional di Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menemui Ahmad Razif malam kelmarin dan mengarahkannya supaya membuat perkiraan politik yang teliti.

“Dalam perkiraan matematik politik, satu ditolak, kita boleh hilang kesemuanya dan saya telah arah beliau (Ahmad Razif) membuat perkiraan politik secara teliti dan merapatkan kembali saf kepimpinan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Krisis politik di Terengganu dikatakan tegang apabila bekas menteri besar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bakal dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana bertindak berlawanan dengan kerajaan pimpinan BN termasuk mengusul undi tidak percaya kepada menteri besar.

Kedudukan kerajaan negeri itu menjadi goyah jika Ahmad dikenakan tindakan pecat daripada UMNO memandangkan BN memiliki 17 kerusi dalam dewan undangan negeri Terengganu manakala PAS 14 dan PKR satu kerusi.

Ahmad Zahid berkata UMNO tidak mahu atas faktor dalaman parti, BN kehilangan kuasa di Terengganu.

“Kita telah ada pengalaman dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang menyebabkan hilang kuasa di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata semua pihak harus melihat kepentingan jemaah adalah lebih daripada kepentingan peribadi dan beliau yakin Ahmad mempunyai jiwa yang besar untuk menyelamatkan UMNO di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai Perhilitan Ditetak Pencuri Kayu Gaharu

Next Post

Penyakit Pelik, Tubuh Kulit Gadis Ini Melepuh

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

Next Post

Penyakit Pelik, Tubuh Kulit Gadis Ini Melepuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd