• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Saleh Tertawan Dengan Senyuman Manis Dhabitah

oleh AK-47
21/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALIPUN tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat untuk kontinjen negara dalam kejohanan Sukan Olimpik Rio 2016, namun nama penerjun muda Nur Dhabitah Sabri, 17, meniti di bibir peminat sukan tersebut di seluruh dunia.

Rata-rata penonton mat saleh melahirkan perasaan teruja mereka dengan senyuman manis yang dilemparkan gadis comel itu sepanjang pertandingan berlangsung.

Mereka melahirkan rasa terinspirasi melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Dhabitah walaupun ketika berada dalam kolam renang.

Walaupun terjunannya tidak berapa kemas, perkara itu langsung tidak menghalang Dhabitah daripada terus melemparkan senyuman.

Seorang netizen dari luar negara, Burritoandguac berkicau di laman makro Twitter, “Penerjun Malaysia dan jurulatih mereka nampak gembira. Walaupun selepas melakukan terjunan tidak berapa kemas, namun mereka masih tersenyum dan berpelukan. Ia sangat mengagumkan.”

Melinda Waldrop pula menulis, “Penerjun Malaysia sentiasa tersenyum walaupun di dalam air, ia memberi inspirasi kepada saya untuk jadi seorang individu yang lebih baik.”

Mat Saleh Tertawan Dengan Senyuman Manis Dhabitah

Mat Saleh Tertawan Dengan Senyuman Manis Dhabitah

Mat Saleh Tertawan Dengan Senyuman Manis Dhabitah

Mat Saleh Tertawan Dengan Senyuman Manis Dhabitah

Sementara itu dalam laporan media sebelum ini, Dhabitah ada menyatakan bahawa dia tersenyum bagi mengawal perasaan gemuruhnya.

“Saya tersenyum kerana ia menghilangkan perasaan gemuruh saya,” katanya dalam laporan dsiarkan The Star.

Apa-apa pun Dhabitah pastinya menjadi sandaran kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan diadakan empat tahun dari sekarang, berdasarkan aksi cemerlangnya yang menamatkan terjunan di tempat kesembilan dengan 338 mata, antara 12 peserta akhir yang bertanding dalam acara akhir terjun 10 meter platform wanita yang berlangsung Jumaat lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: OlimpikSukanterjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

19/08/2023
0

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di Air Terjun Seri Perigi,...

Lelaki Lemas, Nekad Terjun Sungai Melaka

14/05/2022
0

MELAKA : Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai bertindak terjun ke dalam Sungai Melaka gara-gara dikejar sekumpulan individu di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd