• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Terus Tanggung Kos Perubatan Mohamad Sahar

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus menanggung kos perubatan Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang diserang angin ahmar di London awal Julai lepas, sehingga Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara Negeri Sembilan itu selesai menjalani rawatan sepenuhnya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di samping itu, wang sumbangan orang ramai yang kini mencecah 55,000 pound (1 pound = RM5.21) yang dikumpul keluarga Mohamad Sahar turut akan digunakan untuk membantu menyelesaikan segala bil berkenaan.

“Sejak awal lagi Mara telah menanggung perbelanjaan di London termasuk bantuan deposit 30,000 pound semasa rawatan di hospital di sana dan kita akan terus membantu segala perbelanjaan di Kuala Lumpur sehingga selesai termasuk rawatan susulan selepas beliau dibenarkan pulang,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Mohamad Sahar yang tiba semalam, di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.

Mohamad Sahar dilaporkan diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lepas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Atikah, 27, yang menamatkan pengajian peringkat sarjana di Brunel University.

Sementara itu Atikah melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia dan agensi terlibat termasuk Mara yang telah membantu membawa pulang ayahnya yang sebelum ini terlantar di Charing Cross Hospital.

“Kami sangat berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang betul-betul prihatin sehingga viralkan kisah ayah kami di media sosial dan membuka mata pelbagai pihak untuk sama-sama membantu kami sekeluarga,” katanya.

Berkongsi peristiwa itu, Atikah berkata beliau dan kakaknya Amirah, 29, yang menuntut pengajian doktor falsafah di universiti sama mengambil masa setahun mengumpul wang daripada sebahagian elaun pengajian mereka untuk membawa ayah dan anggota keluarga lain menghadiri majlis graduasi itu.

Bagaimanapun beliau reda dengan takdir yang menimpa mereka dan berharap untuk membawa ayahnya sekali lagi menghadiri majlis graduasi kakaknya pula tahun depan.

“Selepas hadir majlis konvokesyen saya ada tunjuk gambar kepada ayah semasa di hospital dan dia beri respons dengan kelip mata dan genggam tangan saya. Malah saya turut merakam video majlis graduasi itu untuk beri ayah tonton selepas dia sembuh nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf PPUKM Dr Farizal Fadzil berkata Mohamad Sahar kini berada dalam keadaan separuh koma namun masih stabil.

Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menjangka tempoh Mohamad Sahar sembuh sepenuhnya, katanya. – BERNAMA

Tags: MARA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nenek Mati Akibat Ditikam Di Perut Sebelum Dipenggal

Next Post

JDT Gagal Manfaat Kelebihan Beraksi Di Laman Sendiri

Related Posts

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

JDT Gagal Manfaat Kelebihan Beraksi Di Laman Sendiri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd