• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Pamer Kesan Lecuran Selepas 5 Tahun Berlalu

oleh AK-47
24/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH lima tahun berlalu peristiwa hitam dibakar oleh kawan sekelas sendiri, Zhou Yan kini berani untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

Pada minggu lalu, Zhou telah memuat naik beberapa siri gambarnya menerusi laman Weibo. Foto-foto yang dimuat naik itu memaparkan keadaan badan dan mukanya yang dipenuhi dengan parut kesan daripada kebakaran yang dialaminya.

Bersama-sama dengan gambar yang dimuat naik itu, Zhou turut menyelitkan beberapa puisi yang ditulisnya bagi menggambarkan perasaan yang pernah dilaluinya.

Mangsa Pamer Kesan Lecuran Selepas 5 Tahun Berlalu

Foto itu menjadi viral di China apabila telah menerima lebih 45,000 tanda likes dan 18,000 komen. Kebanyakan netizen menzahirkan betapa mereka mengagumi Zhou atas keberanian, kecekalan dan juga kecantikannya.

Bagaimanapun, tidak ketinggalan juga sebilangan warganya yang turut mencemuh si pelaku sebagai ‘son of a bitch’ kerana hampir membakar wajah Zhou.

Mangsa Pamer Kesan Lecuran Selepas 5 Tahun Berlalu
Gambar Zhou sebelum dan selepas kejadian.

Bagi yang tidak mengetahui kisah Zhou, detik malang menimpa wanita ini sewaktu berusia 17 tahun selepas dia menolak cinta rakan sekelasnya iaitu Tao Rukun.

Menurut laman Shanghaiist, Zhou pernah beberapa kali menolak perlawaan Tao sehinggakan ibu bapa Zhou terpaksa memindahkannya ke sekolah lain untuk menjauhi lelaki berkenaan.

Oleh kerana cintanya ditolak, Tao nekad pergi ke rumah Zhou dan mencurahkan minyak tanah ke atas wanita itu lalu membakarnya.

Mangsa Pamer Kesan Lecuran Selepas 5 Tahun Berlalu

Akibat insiden berkenaan, Zhou mengalami kesan terbakar tahap dua dan tiga meliputi 30 peratus bahagian badannya.

Kejadian yang menimpa Zhou dan perdebatan antara kedua-dua keluarga ini dalam menuntut ganti rugi menjadi perbualan hangat di negara itu.

Bagaimanapun pada 2012, Tao didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Manakala keluarga Zhou turut menuntut pampasan sebanyak 4.67 juta yuan daripada keluarga Tao, namun hanya 1.72 juta yuan diluluskan oleh mahkamah dalam perbicaraan penuh kontorversi pada 2015.

Terbaharu, pada Mac lalu, pihak mahkamah memutuskan jumlah pampasan diterima Zhou dinaikkan menjadi 1.8 juta yuan.

Zhou yang mendengar keputusan itu pengsan di dalam mahkamah setelah mengetahui bahawa jumlah pampasan yang diterima hanya meningkat sebanyak 80,000 Yuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinakekasih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kasihan!!! Bayi Ditinggalkan Depan Pintu Rumah

Next Post

Awal Ashaari Pakai Skirt, Yay Or Nay?

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Awal Ashaari Pakai Skirt, Yay Or Nay?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd