• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mak Jemah FC Bidas Laman Kutuk Bayaran RM3K

oleh AK-47
06/08/2016
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIRAL di laman sosial mengenai bayaran yang dikenakan oleh pasukan Mak Jemah FC kepada individu atau pasukan yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka.

Seorang individu yang tidak didedahkan identitinya telah menyatakan hasrat untuk mengadakan perlawanan dengan team Mak Jemah FC, namun alangkah terkejutnya apabila dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.

Sebuah laman sosial telah memuat naik rasa tidak puas hati individu tersebut berkaitan caj bayaran tinggi yang dirasakan amat mahal dan melampau.

Mak Jemah FC Bidas Laman Kutuk Bayaran RM3K

“RM3,000 perlu dibayar untuk friendly dengan team artis padahal kaki yang sama, jantung yang sama, cuma profesion yang berbeza,” luahnya tidak puas hati.

Ini penjelasan ‘pedas’ dari Mak Jemah FC untuk individu terbabit.

Mak Jemah FC Bidas Laman Kutuk Bayaran RM3K

Untuk pengetahuan, pasukan Mak Jemah FC terdiri daripada selebriti-selebriti tempatan antaranya Johan Raja Lawak, Datuk AC Mizal, Hairul Azreen dan beberapa lagi artis terkenal tanah air.

Sesetengah netizen bersetuju dengan bayaran yang dikenakan, namun ada juga yang membantah. Ini pandangan daripada inidividu yang dikenali sebagai Azrizakaria berkata,

Mak Jemah FC Bidas Laman Kutuk Bayaran RM3K
Manakala ini pula hrith_91 yang tidak bersetuju dengan bayaran tersebut berkata: “Kah sembang RM3k, bayar tontong dah lah. Kau orang naik pun sebab peminat, apa salahnya riadah dan anggap sahaja ini peluang rapatkan silaturahim dengan peminat.”

Tidak mahu menuding jari, siapa benar mahupun salah, Mynewshub percaya setiap perkara ada jalan penyelesaiannya. Berkaitan dengan isu bayaran yang dikenakan pula, kedua-dua pihak boleh duduk berbincang dan mencari kata sepakat yang dapat memuaskan hati masing-masing.

Tidak perlulah diperbesar-besarkan perkara seumpama ini, masing-masing memerlukan antara satu sama lain untuk terus memajukan industri tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: johan raja lawakmak jemah fc
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johan Beli Mesin Video, Ozlynn Rasa Nak Penerajang

10/08/2018
0

TINDAKAN pelawak dan penyampai radio Johan Raja Lawak membeli sebuah mesin permainan video arked mengundang kemarahan isterinya, Ozlynn. Menerusi perkongsian...

Ozlynn Sah Hamil, Bakal Timang Anak Kelima

27/12/2017
0

TAHNIAH diucapkan buat pelakon, Ozlynn dan suaminya, Johan kerana bakal menimang cahaya mata yang ke-lima tidak lama lagi selepas disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd