• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Australia Denda Restoran Malaysia

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH mahkamah di Australia menghukum denda AS$300,000 (RM920,747) ke atas sebuah rangkaian restoran popular Malaysia kerana menggunakan rekod palsu dengan tujuan membayar gaji rendah kepada pekerja mereka.

Menurut laporan Business Insider Australia, Mahkamah Persekutuan Australia memutuskan bahawa premis dikenali sebagai Restoran Mamak melakukan kesalahan susulan ‘kajian pasaran secara tidak rasmi mengenai kadar bayaran pasaran gelap’.

Premis yang beroperasi di Goulburn Street, Haymarket, di daerah perniagaan utama Sydney di negeri New South Wales itu dikatakan membayar gaji rendah kepada pekerja mereka bagi tujuan mengaut keuntungan maksimum.

The Fair Work Ombudsman, sebuah agensi berkanun bebas yang menyiasat aduan di tempat kerja dan melakukan penguatkuasaan mengikut undang-undang kebangsaan, mengambil tindakan mahkamah ke atas perniagaan itu, pada Januari lalu.

Ia berlaku sejurus selepas mereka mendapati enam pekerja di restoran berkenaan secara kolektif menerima gaji rendah berjumlah AS$87,000 (RM267,046) dengan pendapatan serendah AS$11 (RM33.76) di antara Februari 2012 sehingga April 2015.

Ketiga-tiga pemiliknya – Joon Hoe Lee, Julian Lee dan Alan Wing-Keung Au didenda masing-masing berjumlah AS$36,992 (RM113,534), AS$35,360 (RM108,525) dan AS$35,360 (RM108,525) manakala syarikat Mamak Pty. Ltd. pula didenda AS$184,940 (RM567,671).

Hakim Justin Smith ketika mengenakan denda tersebut berharap hukuman berkenaan, yang hampir maksimum di bawah undang-undang, akan menjadi satu pengajaran kepada majikan lain. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: Australiamahkamahrestoran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Didekati Lelaki, Fasha Sandha Selesa Berkawan

Next Post

Petugas Luar Setia Berkhidmat Dengan Tabung Haji

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

Next Post

Petugas Luar Setia Berkhidmat Dengan Tabung Haji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd