• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Keluarkan Kenyataan Jelik Terhadap TMJ Ditahan

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan berunsur jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke laman media sosial, ditahan di Selangor semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan suspek berusia 48 tahun itu susulan laporan polis yang diterima pihaknya di sini semalam kira-kira pukul 10 pagi berhubung penyalahgunaan laman media sosial itu.

Tangkapan ke atas suspek itu kemudian dilakukan di Proton Holdings Bhd, Taman Perindustrian HICOM, Batu Tiga dekat Shah Alam, kira-kira pukul 5 petang.

“Polis telah merampas dua buah telefon bimbit jenama Nokia dan Samsung bersama kad sim yang dipercayai digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek memuat naik kenyataan jelik itu melalui aplikasi kumpulan WhatsApp ‘R.O.L.S’ menggunakan nama Karim Arim bertujuan untuk menghina serta menyakitkan hati Tunku Ismail.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – BERNAMA

Tags: hina TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

16/11/2021
0

JOHOR BAHRU – Gara-gara ‘kenakalan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengusik pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT),...

Penganggur Ditahan Disyaki Hina Polis, Sultan Johor, TMJ

17/04/2020
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd