• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Leka Bermain Pokemon GO, 2 Lelaki Parah Dilanggar

oleh Ahmad Albab
13/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Dua lelaki yang sedang leka bermain permainan maya Pokemon Go cedera setelah dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Bakar Arang, dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md. Zukir Md. Isa berkata dalam kejadian 2.30 pagi, Tan Chin Kang, 35, dan Teoh Koon Ee, 30, ketika itu sedang berdiri di hadapan sebuah kedai sambil bermain permainan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih.

“Pemandu kereta terbabit bagaimanapun terus meninggalkan tempat kejadian, manakala Tan dan Teoh masing-masing mengalami cedera ringan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Md. Zukir berkata Tan yang merupakan seorang pengurus kilang mengalami luka pada kaki kiri manakala Teoh yang bekerja sebagai jurujual mengalami luka pada muka, kepala, tangan dan kaki.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. – BERNAMA

Tags: langgar lariPokemon Go
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kakitangan PPK Maut Disengat Ratusan Tebuan Tanah

Next Post

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Kes Bunuh Di Jalan Penang

Related Posts

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pikap Nissan Navara yang disyaki terbabit kes langgar lari sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

05/02/2025
0

BUTTERWORTH: Pemandu sebuah kereta mewah BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...

Next Post

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Kes Bunuh Di Jalan Penang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd