• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Wira Di Hati Rakyat

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, tetap menjadi wira di hati rakyat Malaysia walaupun gagal membawa pulang pingat emas pertama negara dalam penampilan ketiga di pentas final Sukan Olimpik.

Chong Wei terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara perseorangan lelaki, yang ketiga untuknya selepas 2008 dan 2012, apabila tewas 18-21, 18-21 kepada Chen Long dari China di Pavilion 4, Riocentro di Rio de Janeiro, Brazil, malam Sabtu.

Bagi Mohd Fahmi Husin, 32, yang menyokong Chong Wei lebih 10 tahun lalu, pemain itu tetap wira baginya selepas menunjukkan semangat juang yang tinggi sehingga mata terakhir perlawanan tersebut.

“Memang seluruh Malaysia mengharapkan Chong Wei menang tetapi nasib masih lagi tidak menyebelahi kita kali ini. Saya berharap beliau akan terus bangkit daripada kekalahan ini dan fokus kepada kejohanan seterusnya.

“Saya juga berharap beliau kekal wakili negara pada Olimpik seterusnya di Tokyo 2020 kerana kita masih belum nampak pelapis yang boleh menggantikannya,” kata pegawai bomba itu.

Mohd Fahmi yang hadir menyaksikan perlawanan itu bersama keluarganya adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang hadir menonton aksi tersebut di Dataran Putrajaya di sini, anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

“Saya rasa hanya sukan sahaja yang boleh menyatukan kesemua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Walaupun kita tidak mendapat emas, sukan sekali lagi menyatukan rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu lori dari Puchong, Harry Lee, 50, yang sedih kerana Malaysia terlepas peluang meraih emas, berkata perlawanan itu cukup mendebarkan untuknya.

“Sedih kerana Malaysia sekali lagi tak berpeluang menang emas di Olimpik.Kita kena tunggu empat tahun lagi.

“Namun tahniah kepada Chong Wei dan juga atlet-atlet lain yang berjuang untuk negara di Rio,” katanya.

Bagi penuntut Universiti Malaya, S. Indiran, 24, walaupun aksi yang ditunjukkan Chong Wei pada hari ini bukan persembahan terbaiknya, beliau tetap bangga dengan pencapaian tiga pingat perak menerusi acara badminton di Olimpik kali ini.

“Saya jangkakan pingat emas hari ini. Chong Wei telah melakukan yang terbaik tetapi Chen Long terlalu kuat untuknya kali ini. Chong Wei bermain lebih baik ketika berdepan Lin Dan semalam.

“Saya harap beliau mampu mengekalkan ranking nombor satu dunia sehingga bersara tapi jika boleh saya mahu melihatnya menang emas di Sukan Olimpik seterusnya,” katanya.

Atlet berusia 33 tahun dari Pulau Pinang itu melakarkan sejarah apabila mara ke final buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan musuh tradisinya Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20 pada aksi separuh akhir Jumaat.

Ia juga merupakan kali pertama Chong Wei mengalahkan Lin Dan di pentas Olimpik selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas kepada lawan sama dalam dua final berturut-turut, iaitu edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Chen Long pula mara ke final selepas mengetepikan pemain muda Denmark, Viktor Axelsen 21-14, 21-15.

Terdahulu Axelsen meraih gangsa selepas menewaskan Lin Dan 15-21, 21-10, 21-17 pada aksi penentuan tempat ketiga. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Weipenyokong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jemaah Dinasihat Tumpu Ibadah, Tidak Percaya Khabar Angin

Next Post

‘Saya Minta Maaf Kerana Gagal…’ – Chong Wei

Related Posts

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Lebih 800 individu hadir di pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

Next Post

'Saya Minta Maaf Kerana Gagal...' - Chong Wei

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd