• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Ikon Terbaik Badminton Malaysia

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Pemain badminton kesayangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap menjadi ikon terbaik badminton negara, namun kempen Olimpik beliau di Rio berakhir sebagai saat paling menyedihkan dalam hidupnya.

Beliau datang dengan harapan menggunung tinggi untuk menggenggam sebutir pingat emas sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan badminton.

Bagaimanapun pemain berusia 33 tahun itu diselubungi emosi, menggenang air mata, suaranya pula tersekat-sekat ketika bercakap kepada media sejurus selepas kecundang dalam usaha terakhirnya untuk meraih kejuaraan sulungnya dalam Olimpik.

Wakil China, Chen Long menusuk luka yang amat mendalam apabila beliau menghalang Chong Wei daripada memenuhi impiannya bukan sahaja sebagai pemenang pingat emas Olimpik, bahkan selaku juara dunia.

Chen Long mengalahkan Chong Wei 21-18, 21-18 untuk memenangi emas manakala Chong Wei memperoleh pingat perak ketiganya dalam penampilan keempat beliau di Sukan Olimpik.

“Saya mahu pulang jumpa isteri dan dua anak saya… ini kejohanan yang sangat panjang,” kata Chong Wei, yang tiba di Rio tiga minggu lepas untuk melakar sejarah tersendirinya di temasya Olimpik.

“Saya terpaksa akur bahawa saya ditakdirkan untuk menjadi pemenang pingat perak di sini,” katanya.

Sepanjang kerjayanya yang begitu gemilang dalam sukan badminton, Chong Wei hanya gagal menjuarai tiga kejohanan — Sukan Asia, Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.

Dalam kesemua kejohanan berkenaan, halangan terbesar Chong Wei datangnya daripada dua wakil China, Lin Dan serta Chen Long.

Tey Seu Bock, jurulatih Chong Wei sejak sekian lama, menarik perhatian bahawa pencapaian Chong Wei tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain badminton kebangsaan yang lain, dan mungkin tiada yang akan dapat menyamainya.

Beliau mendidik anak buahnya itu sejak 2002, dan mendapati Chong Wei adalah pemain yang berada dalam kelas yang tersendiri.

Chong Wei mencapai gelaran demi gelaran dalam Siri Super Dunia, Siri Super Premier, Final Siri Super Dunia, memenangi pingat emas Sukan Komanwel 2006 dan 2010 selain menjadi juara dua kali dalam Kejohanan Asia.

Beliau memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama enam tahun berturut-turut sebelum dikenakan penggantungan lapan bulan berikutan kes doping, bagaimanapun dengan tangkas bangkit semula daripada ranking ke-189 untuk berada di kedudukan teratas dalam tempoh yang amat singkat.

Sebelum mengakhiri kariernya itu, Chong Wei mahu mencuba buat kali penghabisan dalam Kejohanan Dunia tahun depan, dan ditabalkan sebagai juara dunia, memandangkan Lin Dan dan rakan senegaranya Chen Long menafikan beliau daripada kegemilangan itu.

Seu Bock berkata beliau menghormati keputusan Chong Wei selepas Olimpik.

Beliau berkata anak didiknya itu masih mampu beraksi dengan baik bagi tempoh dua tahun lagi pada kejohanan terkemuka dunia termasuk Sukan Asia 2018, namun beliau agak sangsi tentang keupayaan Chong Wei selepas itu.

“Saya tidak mahu mempengaruhi beliau tapi sudah tentulah saya mahu beliau bantu jurulatih untuk membimbing pemain lain. Lagipun, kami memang perlukan pengalamannya,” kata Seu Bock.

Pemain badminton negara yang paling berjaya ini akan sentiasa dikenang sebagai raja badminton tanpa mahkota. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd