• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klip Video: Penyanyi Rap Kontroversi Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang penyanyi rap kontroversi ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes klip video di sebuah masjid di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, yang didakwa menghina Islam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Ahmad Tajudin Zaini.

Penyanyi yang juga pengarah tempatan itu tiba di Bahagian Reman mahkamah pada pukul 10.23 pagi dan keluar dari bahagian itu kira-kira 20 minit kemudian.

Baca: Video Klip Hina Islam: Namewee Ditahan Di KLIA

Penyanyi berusia 33 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semalam, penyanyi itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada pukul 3.30 petang.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan. – BERNAMA

Tags: Nameweereman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd