• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Umum Skuad Harimau Malaysia Khamis Ini

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee akan mengumumkan senarai skuad Harimau Malaysia pada Khamis ini, lewat dua hari daripada tarikh asalnya hari ini.

Kim Swee berkata penangguhan itu dibuat kerana beliau mahu membuat penilaian terakhir pada perlawanan ke-19 Liga Super yang akan berlangsung malam esok.

“Senarai awal 45 pemain yang dalam perhatian untuk dipanggil bagi kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini sebenarnya sudah pun dikenal pasti.

“Namun saya terpaksa menangguhkan pengumuman senarai pemain sehingga selepas perlawanan Liga Super malam esok kerana terdapat satu atau dua posisi yang belum dapat saya muktamadkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kim Swee berkata beliau perlu melakukan beberapa perubahan selepas empat pemain mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa manakala beberapa pemain daripada senarai terdahulu mengalami kecederaan.

Empat pemain yang mengumumkan persaraan mereka adalah ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal, kesemuanya dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kebangsaan akan mula menjalani latihan pusat Isnin depan sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa A bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Solo pada 6 Sept.

Skuad kebangsaan sedang dipersiapkan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF 2016 yang bermula dari 19 Nov hingga 17 Dis nanti.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Myanmar, Vietnam dan pasukan yang mara daripada pusingan kelayakan. – BERNAMA

Tags: Harimau MalaysiaOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd