• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Panggil Pemain Harimau Malaysia 23 Ogos Ini

oleh
06/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee akan mengumumkan senarai 23 atau 25 pemain skuad Harimau Malaysia pada 23 Ogos ini bagi menghadapi Indonesia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A pada 6 Sept.

Menurut Kim Swee, kem latihan pusat akan bermula pada 29 Ogos dan senarai pemain yang bakal dipanggil hanya akan dikeluarkan pada 23 Ogos iaitu selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia (20 Ogos).

“Saya jangkakan seramai 23 atau 25 pemain akan dipanggil untuk persiapan menghadapi Indonesia. Sudah tentu ada beberapa perubahan berikutan persaraan pemain selain masalah kecederaan.

“Tempoh dua minggu ini akan saya gunakan untuk menentukan pemain yang dipanggil,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Royal Selangor Club (RSC) di Bukit Kiara, di sini hari ini.

Kekosongan perlu diisi Kim Swee selepas pemain senior dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Radzak, S.Kunanlan dan Amirulhadi Zainal membuat pengumuman untuk bersara daripada pentas antarabangsa pada 12 dan 14 Julai selain beberapa pemain kebangsaan yang cedera.

Menurut Kim Swee, barisan kejurulatihan dalam skuad kebangsaan telah ke beberapa gelanggang perlawanan untuk mengenal pasti pemain bagi menggantikan mereka yang bersara dan cedera itu.

Mengulas desakan pihak tertentu yang mahukan jurulatih asing dilantik mengendalikan skuad kebangsaan, Kim Swee berkata beliau tidak mahu memikirkannya.

“Bagi saya, apa yang penting adalah saya perlu tahu tugas yang diberikan iaitu menyediakan pasukan kebangsaan.

“Pihak pengurusan sudah memaklumkan kepada saya mengenai tugas saya. Jika mereka sudah mengarahkan saya untuk mengendalikan pasukan, sudah tentu itu akan menjadi tugas yang perlu saya laksanakan dengan baik,” katanya.

Kim Swee secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan pada 18 Jan lalu selepas beliau memangku jawatan tersebut sejak 5 Sept.

Beliau memangku tugas itu sehari selepas Dollah Salleh meletakkan jawatan ekoran kekalahan 0-10 skuad negara kepada Emiriyah Arab Bersatu pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada 3 Sept, tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Harimau MalaysiaOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd