• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFC Hasilkan Pelindung Matahari Aroma Ayam Goreng

oleh AK-47
26/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANGKAIAN makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terkenal dengan slogan ‘Sedap hingga menjilat jari’ baru-baru ini pernah menghasilkan pengilat atau pewarna kuku berperisa ayam goreng.

Namun terbaharu menurut sebuah laman antarabangsa, KFC di Amerika Syarikat (AS) menawarkan pula sejenis lagi produk kecantikan iaitu pelindung matahari yang tentunya beraroma ayam goreng.

KFC Hasilkan Pelindung Matahari Aroma Ayam Goreng
Pengilat Kuku

Difahamkan, pelindung matahari dengan kualiti SPF 30 yang diberi nama Extra Crispy itu hanya dikeluarkan sebanyak 3,000 botol sahaja dan ia diberi secara percuma kepada warga AS jika melayari laman web rasmi produk berkenaan iaitu kfc.com/extra-crispy-sunscreen.

KFC Hasilkan Pelindung Matahari Aroma Ayam Goreng

Meskipun baharu sahaja dilancarkan, produk tersebut mendapat sambutan hangat daripada warga AS, apatah lagi ia diberikan secara percuma dan mempunyai bauan cukup unik tidak seperti mana-mana sunscreen yang terdapat di pasaran.

Menurut wakil KFC, Kevin Hochman kepada laman Business Insider: “Losyen pelindung kulit dari sinaran terik matahari sentiasa berbau losyen. Jadi kita fikir, kenapa tidak membuatnya sebagai beraroma ayam goreng pula?”

“Aromanya akan membuatkan anda mengimbau kenangan masa kecil anda,” tambah Hochman.

Jelasnya lagi, produk sunscreen berkenaan tidak boleh dimakan meskipun mempunyai haruman yang mengiurkan tekak.

“KFC Extra Crispy Sunscreen bukan produk makanan. Ia tidak boleh dimakan meskipun enak dihidu,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AYAM GORENGKFCMatahariSUNSCREEN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Jenama Untuk Diboikot – BDS Malaysia

30/05/2024
0

SHAH ALAM - Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan bahawa rangkaian restoran makanan segera KFC tidak pernah berada dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd