• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Terbaru Difteria Libatkan Kanak-Kanak 4 Tahun

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi kes terbaru difteria dilaporkan berlaku di Perak melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan kes itu pada dua hari lepas (25 Ogos) selepas kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Hospital Taiping pada 17 Ogos kerana mengalami demam, batuk dan sakit tekak sejak 12 Ogos.

“Kanak-kanak ini hanya mengalami gejala yang ringan tanpa komplikasi kerana telah mendapat imunisasi difteria yang lengkap. Kanak-kanak ini hanya diberikan rawatan antibiotik dan tanpa rawatan antitoksin dan kini beransur sembuh,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tujuh anggota keluarga yang tinggal serumah dengan kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan telah diberi rawatan profilaksis.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, sebanyak 28 kes difteria termasuk lima kes kematian dilaporkan berlaku di Malaysia.

“Bilangan kes disahkan difteria di Malaysia setakat ini meningkat kepada 28 kes termasuk lima kematian iaitu sembilan kes di Kedah dengan satu kematian, tujuh kes di Negeri Sembilan, lima kes di Sabah dengan tiga kematian, tiga kes di Melaka dengan satu kematian, dua kes di Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Selangor dan Perak,” katanya.

Kementerian ingin menegaskan bahawa imunisasi yang lengkap mampu mencegah jangkitan dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi, katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata kes demam denggi di seluruh negara meningkat dalam tempoh dua minggu lepas dengan purata mingguan 1,900 hingga 2,000 kes.

“Jumlah kes demam denggi sejak Januari hingga 20 Ogos tahun ini adalah 71,590 dengan 162 kematian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Difteria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pemimpin Negara Seorang Kaki Gaduh

Next Post

Wujudkan Sistem Kawal Selia Pusat Tahfiz – IKRAM

Related Posts

Difteria: 8 Individu Dikuarantin Selepas Ada Simptom

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) -- Lapan individu dipercayai berhubung dengan kanak-kanak berusia 14 bulan yang maut akibat difteria di...

Kematian Difteria Di Sabah Bukan Rakyat Malaysia

08/08/2017
0

SANDAKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat penyakit Difteria di daerah ini pada 26 Julai lepas adalah bukan...

Next Post

Wujudkan Sistem Kawal Selia Pusat Tahfiz - IKRAM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd