• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik: Polis Belum Terima Laporan Dari Keluarga

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis masih belum menerima sebarang laporan daripada anggota keluarga gadis yang dipercayai diculik dua lelaki di persimpangan Jalan AU 5C/7, Taman Lembah Keramat di sini semalam.

Seorang penduduk setempat telah melaporkan kepada polis bahawa beliau melihat seorang remaja perempuan berumur lingkungan 15 tahun ditarik masuk ke dalam sebuah kereta Perodua berwarna putih pada pukul 9.50 pagi.

Menurut wanita berkenaan, remaja yang memakai seluar jeans dan bertudung merah itu menjerit meminta tolong ketika ditarik dua lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata kejadian itu mungkin hanya merupakan pergaduhan antara pasangan kekasih.

“Setakat ini kita belum terima laporan dari mana-mana pihak mengenai kehilangan ahli keluarga mereka.

“Namun kita telah menjalankan siasatan terperinci mengenai laporan yang telah dibuat semalam,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Tags: culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd