• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pusat Bina 1,000 Lagi Unit PPR Di Selangor

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan untuk membina 1,000 lagi unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor sehingga akhir tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata pada masa ini, kementerian sedang mencari lokasi dan tapak bersesuaian untuk melaksanakan projek yang bertujuan membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah berkenaan.

“Kita sedang mencari tanah untuk laksanakan tambahan unit PPR di Selangor dan diharap kerajaan Selangor akan memberi kerjasama baik dengan tidak mengenakan premium tanah yang mahal termasuk memberi kebenaran merancang,” katanya pada sidang media di i-City, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong, Timbalan Pengerusinya Datuk Eu Hong Chew dan Pengarah i-City Monica Ong.

Noh ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka bentuk ‘i-Design’ Facade Design Competition’ anjuran I-Berhad, iaitu Universiti Teknologi Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (juara bersama) serta Universiti Taylor (tempat ketiga).

Noh berkata kerajaan Pusat sebelum ini, menyiapkan projek PPR Lembah Subang 2 di Petaling Jaya dan PPR Kampung Hassan di Hulu Selangor, masing-masing melibatkan 400 dan 300 unit, sementara satu lagi projek PPR di Dengkil melibatkan 1,580 unit masih dalam proses pembinaan.

Katanya kerjasama dengan kerajaan Selangor penting bagi membolehkan kementerian membina lebih banyak perumahan untuk rakyat berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan, yang sukar mendapat pinjaman bank menerusi sistem ‘sewa dan beli’ yang telah dipersetujui Kabinet.

Noh berkata melalui sistem ‘sewa dan beli’ PPR, kerajaan Persekutuan akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan termasuk subsidi berjumlah RM120,000 daripada kos seunit rumah yang berjumlah kira-kira RM160,000.

“Justeru, pembeli yang layak hanya perlu membayar RM35,000 seunit mengikut tempoh sewa beli yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh OmarPPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd