• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Kesedaran Haiwan Bagi Pelajar Sekolah

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kempen mengenai kesedaran penjagaan haiwan akan diadakan di sekolah-sekolah di seluruh negara bagi meningkatkan pendidikan dan kefahaman mengenai penjagaan haiwan, khususnya binatang peliharaan.

Kempen anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pendidikan yang dikenali sebagai ‘Aktiviti Pendidikan Awal Kebajikan Haiwan’ itu menyasarkan pelajar sekolah memandangkan mereka gemar berdampingan dengan haiwan peliharaan seperti kucing, anjing serta haiwan eksotik yang lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dalam aktiviti itu para pelajar akan dididik mengenai cara penjagaan haiwan peliharaan yang terbaik.

“Ini termasuk memastikan mereka menyediakan persekitaran yang sesuai, makanan berkhasiat dan pemeriksaan kesihatan secara berjadual,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke pejabat Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Selangor (SPCA Selangor), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Kamarudin Md Isa. Ahmad Shabery berkata selain penganjuran aktiviti itu, kementerian akan turut menganjurkan program sambutan Hari Kebajikan Haiwan peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia pada 4 Oktober depan.

“Program ini akan berlangsung di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta, penganjurannya bertujuan meningkatkan kesedaran kebajikan terhadap haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata SPCA Selangor, NGO dan syarikat swasta diminta agar terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mempromosikan kebajikan dan pemilikan bertanggungjawab terhadap haiwan kepada orang ramai. – BERNAMA

Tags: haiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

01/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd