• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Lahirkan Lebih Banyak Pengasuh Taska Terlatih

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat untuk melahirkan lebih banyak pengasuh terlatih di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan taska di negara ini.

Timbalan Menterinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata bagi tujuan itu kementerian sedang mengkaji untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak tertentu bagi menawarkan Kursus Asuhan Permata kepada pelajar lepasan sekolah menengah.

Beliau berkata antaranya termasuk dengan Kementerian Pendidikan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sekaligus boleh membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai menjadikan pengasuh sebagai kerjaya profesional.

“Kalau di UPSI latihan kursus asuhan ini mungkin boleh dilakukan menerusi online dan PLKN pula boleh memasukkan kursus ini untuk pelatih supaya selepas mereka tamat latihan PLKN boleh bekerja di taska,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cheroh, dekat sini, hari ini.

Menurut Chew, kebanyakan pengasuh taska sekarang menganggap kerjaya sebagai pengasuh hanya kerja sementara selepas menamatkan tingkatan lima sebelum mendapat tawaran belajar ataupun kerjaya lain lebih baik.

Keadaan itu, katanya menyebabkan pengasuh berkenaan mengendalikan kerja di taska tanpa pengalaman dan kemahiran khusus berkaitan pengasuhan bayi serta penjagaan kanak-kanak.

“Sekarang ada lebih 4,000 taska dan lebih 16,000 pengasuh taska di seluruh negara. Jumlah pengasuh taska ini termasuk pengasuh terlatih dan tidak terlatih iaitu yang masih tidak menghadiri Kursus Asuhan Permata.

“Kita akan memantau dari semasa ke semasa dan mana-mana pengasuh yang belum lagi mengikuti Kursus Asuhan Permata akan diberikan tempoh enam bulan untuk berbuat demikian.

“Sekiranya masih gagal menjalani kursus ini, kita boleh ambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Taska 2012,” katanya. – BERNAMA

Tags: taska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd