• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam! Pacuan Empat Roda, Seret Anjing Hingga Mati

oleh AK-47
03/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Satu rakaman video memaparkan seorang pemandu mengheret seekor anjing di belakang keretanya di jalan raya mencetuskan kemarahan ramai netizen di China baru-baru ini.

Dalam video tersebut, anjing itu diikat dengan tali yang disambungkan pada bonet kereta. Kemudian pemandu tersebut memandu kereta berkenaan dengan kelajuan tinggi di sepanjang jalan di wilayah Shandong.

Berdasarkan video itu, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan meronta-ronta kesakitan, tetapi usahanya gagal kerana kereta seperti jenama Lexus itu lebih kuat dan besar berbanding tenaga anjing yang malang tersebut.

Kenderaan tersebut akhirnya dihentikan oleh orang ramai yang marah setelah melihat aksi ‘bodoh’ si pemandu yang tidak berperikemanusiaan itu.

Bagaimanapun keadaan sudah terlambat kerana anjing yang malang itu disahkan mengalami kecederaan teruk sehingga nyawanya tidak lagi dapat diselamatkan.

Penduduk yang marah kemudian mengheret pemandu kereta itu untuk keluar dari kereta, malah beberapa orang memukul pemandu yang tidak berperikemanusiaan itu.

Namun polis yang tiba di tempat kejadian dengan pantas cuba menjadi pengantara situasi manakala pasukan pencegah rusuhan datang menyuraikan kemarahan penduduk yang lebih tegang.

Portal tempatan Shanghaiist melaporkan, polis telah menahan pemandu dan sedang menyiasat kes ini. Sementara itu, si pemandu telah dibicarakan di sebuah mahkamah tempatan.

Video yang berdurasi  satu minit 27 saat itu menjadi topik utama dan hangat menerusi laman sosial Weibo dan mendapat puluhan ribu komen daripada netizen.

Ada mendakwa si pemandu ditangkap tersebut sepatutnya diseksa dan dihukum mati dengan cara yang sama bahkan dibunuh kerana jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

Berikut video adalah seorang pemandu tidak berperikemanusiaan tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Tags: anjinghaiwanMATIpemandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Galakan Isteri, Wajah 2 Anak Kekalkan Semangat Chong Wei

Next Post

Misteri… Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air

Related Posts

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

Wanita Warga Emas Maut Diserang Lebih 10 Anjing Di Kunak

28/01/2025
0

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut selepas cedera diserang sekumpulan anjing liar berhampiran terminal bas di sini, Sabtu lalu. IKUTI...

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

Next Post

Misteri... Kubur Raja Dadah Indonesia Dipenuhi Air

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd