• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kayuh Basikal Dari China Untuk Tunai Haji

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIF – Seorang lelaki warga China tiba di bandar ini selepas mengayuh basikalnya sejauh 8,150 kilometer untuk menunaikan haji.

Lelaki berkenaan, Mohammad dikatakan berlepas dari kediamannya di Xinjiang di barat laut China.

Ketibaannya di Taif disambut oleh anggota sebuah kelab peminat basikal bandar Arab Saudi berkenaan.

Presiden kelab, Nayef Al Rawas berkata, dia berharap kelab peminat basikal bandar lain juga akan meraikan Mohammad.

Selepas tinggal seketika di Taif, Mohammad diiringi anggota kelab itu untuk menuju ke Makkah.

Laporan akhbar tempatan, Sabq, bagaimanapun tidak menyebut bila Mohammad berlepas dari Xinjiang.

Kira-kira 14,500 masyarakat Islam China akan menunai Rukun Islam Kelima itu tahun ini.

Sehinggga Jumaat lalu, sebanyak 37 penerbangan sewa khas membawa 11,000 jemaah negara itu sudah tiba di Arab Saudi.

Meskipun berdepan cabaran, idea untuk mengayuh basikal atau menunggang motosikal untuk menunaikan haji atau umrah menjadi minat dalam kalangan Muslim, khususnya dari Asia.

Pada Mei 2014, 12 rakyat Malaysia menunggang motosikal dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Dengan lapan motosikal dan sebuah van, kumpulan itu merentas 12 negara dan berhenti di 53 bandar sebelum tiba di tanah suci itu. – Agensi/myMetro Online

Tags: ChinaHaji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budaya Kebersihan Tandas Jadi Agenda Nasional Tahun Depan

Next Post

Thailand Tubuh Polis Pokemon Tangkap Pemain Degil

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

Next Post

Thailand Tubuh Polis Pokemon Tangkap Pemain Degil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd