• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Perlis Rampas 248 Haiwan Eksotik RM70,000

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis hari ini merampas sebanyak 248 haiwan eksotik pelbagai bernilai RM70,000, dipercayai cuba diseludup ke negara ini dengan keretapi ekspres Bangkok-Padang Besar pagi ini.

Pengarahnya, Kamarudin Jaafar berkata haiwan- haiwan itu dipercayai dibawa untuk pasaran tempatan, memandangkan ia mendapat permintaan tinggi sebagai binatang peliharaan yang menjadi gaya hidup masyarakat masa kini.

“Pada 9 pagi tadi, anggota Kastam dari Unit Dagangan Keretapi telah memeriksa di bahagian koc penumpang dan kargo serta mendapati empat beg yang diletakkan secara mencurigakan.

“Dua beg dijumpai di dalam koc kargo dan dua lagi di tandas. Setelah meneliti beg-beg berkenaan melalui mesin pengimbas, didapati ada pergerakan yang dipercayai haiwan hidup di dalam beg tersebut,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Kamarudin berkata rampasan semua haiwan berkenaan yang terdiri daripada 181 ekor ular, iguana (2); biawak Dhab (28); kura-kura (10); tupai (10); tupai Glider (6); dan arnab (11) akan diserahkan untuk tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis.

Bagaimanapun pemilik beg berkenaan gagal dikesan kerana telah meninggalkan barangannya begitu sahaja seolah-olah tidak bertuan, rampasan dibuat mengikut Akta Kastam 1967 (larangan bersyarat kecuali dengan cara yang diperuntukkan), menurut Kamarudin.

Sementara itu Pengarah Perhilitan Perlis Mohamad Affendi Ibrahim berkata semua haiwan berkenaan adalah daripada spesies luar negara bernilai ratusan ringgit, setiap satu.

Mohamad Affendi berkata kes berkenaan akan dikendalikan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, Akta 716, tahun 2010. – BERNAMA

Tags: haiwanKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd