• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam KLIA Tumpaskan Cubaan Seludup Gading Gajah

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup satu tan gading gajah Afrika bernilai lebih RM10 juta pada 21 Julai lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata gading gajah itu dirampas ketika operasi pemeriksaan dijalankan hasil risikan di gudang kargo udara, zon bebas KLIA.

Dalam operasi pemeriksaan itu, katanya, 23 bungkusan kargo udara yang disyaki membawa barang larangan import diimbas dan menampakkan imej yang meragukan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kandungan bungkusan berkenaan menemui 1,001 kg gading gajah dengan nilai anggaran RM10.01 juta,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini hari ini.

Menurut Chik Omar, gading gajah berkenaan tiba melalui penerbangan Turkish Airline dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kinshasa, Congo dan transit di Lapangan Terbang Istanbul Ataturk, Turki sebelum sampai di KLIA.

Menurut siasatan awal, gading gajah itu diikrarkan sebagai tanah liat dan sampel kayu dan pengimportnya beralamat di Selangor dan Johor, katanya.

“Pemeriksaan pada surat angkutan udara mendapati alamat yang digunakan dalam dokumen berkenaan adalah palsu,” katanya.

Chik Omar berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, boleh dijatuhkan hukuman denda antara 10 hingga 20 kali ganda dari nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, katanya.

Chik Omar berkata gading gajah berkenaan dipercayai bukan untuk pasaran Malaysia dan hanya transit di KLIA sebelum dibawa ke China, Thailand dan Vietnam.

Perhiasan ukiran gading gajah sangat popular di ketiga-tiga negara berkenaan dan harganya boleh mencecah RM500,000, katanya.

Dalam pada itu, Kastam KLIA turut berjaya merampas 35.15kg daun khat bernilai RM17,575 dan 530 gram methamphetamine bernilai RM42,400 pada bulan lepas.

Mengenai rampasan methamphetamine itu, Chik Omar berkata bungkusan berkenaan tiba dari Lagos, Nigeria ke Pusat Mel dan Kurier KLIA pada 13 Julai dan dirampas pada 22 Julai lepas selepas penerimanya gagal dihubungi.

“Bungkusan berkenaan didapati mengandungi serbuk putih yang disyaki methamphetamine yang diletakkan di bawah ikan masin yang berbau kuat sebagai taktik untuk mengelakkan bungkusan itu diperiksa,” tambah beliau.

Chik Omar berkata rampasan daun khat pula dibuat pada 14 Julai dan daun yang dimuatkan dalam empat bungkusan yang tiba dari Addis Ababa, Euthopia ke KLIA itu diikrar sebagai daun teh.

“Daun khat mengandungi Cathinone yang disenaraikan di bawah Akta Dadah Berbahaya (1952). Pengimportan daun khat adalah dilarang,” katanya. – BERNAMA

Tags: gading
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sikap Pentingkan Diri PKR Gagalkan Cadangan DAP

Next Post

Tak Sampai 2 Minggu, Abang Long Fadhil Kemalangan Lagi

Related Posts

Singapura Sita 1,783 Gading Haram Diisytihar Daun Teh

19/05/2015
0

SINGAPURA - Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA) dengan kerjasama Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berjaya...

Next Post

Tak Sampai 2 Minggu, Abang Long Fadhil Kemalangan Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd