• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Dilarikan Di JB Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki yang dilarikan dua individu tidak dikenali di Taman Melodies di sini pada Sabtu lepas, ditemui selamat oleh orang awam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata kanak-kanak berusia enam tahun itu ditinggalkan suspek di kawasan taman permainan kanak-kanak di Teluk Danga di sini, sebelum ditemui orang ramai.

“Berdasarkan pemeriksaan, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menerima laporan sebuah kenderaan jenis BMW 740i dilarikan oleh dua suspek yang tidak dikenal pasti di Jalan Beringin di Taman Melodies di sini.

Di dalam kenderaan itu, terdapat seorang kanak-kanak lelaki.

Bagaimanapun, Wan Ahmad Najmuddin berkata kenderaan itu telah ditemukan semula di Jalan Impian Emas 5/1, Taman Impian Emas dekat Skudai semalam dipercayai turut ditinggalkan suspek.

Polis kini sedang memburu dua suspek terlibat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata dan culik.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd