• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabali Kutip RM12 Juta Dalam Tempoh Seminggu

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Filem ‘Kabali’ yang dibintangi legenda filem Tamil, Rajinikanth bagai ‘pisang goreng’ panas dengan kutipan jualan tiket di pawagam di seluruh negara mencecah RM12 juta dalam tempoh tujuh hari ditayangkan.

Penerbit bersama filem itu Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata Kabali yang ditayangkan di 498 layar perak di seluruh negara sejak 22 Julai lepas masih mendapat sambutan luar biasa apabila kesemua tiket habis dijual di beberapa pawagam.

“Hasil jualan tiket Kabali di Malaysia sahaja telah mencatat RM12 juta setakat hari ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Abdul Malik yang juga pemilik syarikat Malik Streams berkata kutipan bagi Kabali versi Melayu pula masih tidak diketahui berikutan filem itu baru sahaja bertemu peminat pada Jumaat lepas di beberapa pawagan tertentu di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sambutan bagi filem yang dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai kaum khususnya masyarakat Melayu.

Abdul Malik berkata filem versi Melayu itu ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara dan ia juga akan ditayangkan di Indonesia, Thailand dan China pada akhir bulan ini.

“Ramai yang menyukai versi Melayu kerana ia memberikan suatu pengalaman yang berbeza dan filem versi Melayu juga mempunyai klimaks yang agak berbeza dengan versi asal,” jelasnya.

Abdul Malik juga berkata kutipan hasil jualan tiket bagi Kabali versi Tamil di seluruh dunia pula telah mencapai USD58.62 juta iaitu RM236 juta dalam tempoh tujuh hari dan merupakan kutipan paling banyak bagi filem Tamil setakat ini.

Dalam filem Kabali, Superstar Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak samseng Don di Malaysia, dan dikenali sebagai Kabaliswaran yang merupakan judul filem tersebut.

Filem sentuhan pengarah India Pa. Ranjith itu yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Carey turut menampilkan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao. – BERNAMA

Tags: Kabalipawagam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Benar Aktiviti Pawagam Pandu Masuk Tertakluk SOP

09/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan....

Jurey Gesa Isu Agihan Pawagam Segera Diselesai

18/03/2018
0

PRESIDEN Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Datuk Jurey Latiff Rosli menggesa pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd