• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JLKN Setuju Pelatih Dilarang Main Pokemon Go

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kepadatan jadual dapat menghalang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) daripada melakukan aktiviti melalaikan, termasuk bermain Pokemon Go.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat negara (JLKN) Datuk Mohamed Asri Yusof berkata, setiap pelatih akan terikat dengan modul dan mempunyai masa terhad untuk ‘berdamping’ dengan telefon bimbit.

“Ketika dalam program mereka tak ada banyak masa untuk benda-benda macam ini.

“Program kita padat dengan modul dan latihan, saya rasa mereka tak sempat untuk lalai atau ketagih dengan permainan itu,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Mohamed Asri mengulas mengenai permainan Pokemon Go yang menjadi kegilaan masyarakat, terutama di kalangan pelajar dan golongan muda pada masa kini.

Bagaimanapun Mohamed Asri berkata, sekiranya kerajaan atau pihak berkuasa melihat keperluan untuk larangan terhadap permainan itu dikeluarkan, pihaknya akan bersetuju.

“Saya rasa perkara ini sudah berada dalam tindakan pihak berkuasa.

“Mereka akan melihatnya dari banyak sudut seperti sosial dan agama serta melihat sejauh mana ia melekakan, melalaikan atau menyebabkan ketagihan kepada pemain,” katanya.

Menurut Mohamed Asri, setakat ini pelatih tidak disekat daripada membawa atau menggunakan telefon bimbit, tetapi diingatkan untuk tidak menggunakannya ketika mengikuti program dan latihan.

“Mereka bukan macam kita yang boleh sentiasa pegang telefon, selalunya hanya boleh guna telefon bila ada masa lapang, bila tiada program, pada waktu rehat atau hujung minggu,” katanya.

Seramai 20,000 pelatih PLKN telah mengikuti Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 telah menamatkan latihan Fasa 1 di 79 kem di seluruh negara pada Mei lalu.

Bagi Fasa 2, ia dilakukan secara berperingkat dengan program ditawarkan oleh 10 kementerian dan agensi kerajaan, melibatkan 400 buah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). – mStar Online

Tags: PLKNPokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd