• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Remeh Pertukaran Info Keselamatan

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – Semua pihak sama ada pemimpin parti politik atau orang awam diingatkan supaya tidak memperkecilkan pertukaran maklumat khususnya berkaitan ancaman terhadap keselamatan negara antara Malaysia dengan negara lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menegaskan perkara itu berkata pertukaran maklumat penting demi keselamatan rakyat, kerana ancaman pengganas ketika ini kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Soalnya bukan ‘jika’ tapi ‘bila ia akan berlaku’, jangan fikir ini isu politik, jangan ingat kami (pihak berkuasa) cuma berikan ugutan.

“Kami berikan maklumat supaya kita siap siaga dan boleh ambil tindakan, tidak mahu serangan seperti di sebuah pusat hiburan di Puchong, Selangor pada 28 Julai lalu (berulang),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO, Hutan Melintang di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut yang dihadiri 477 perwakilan dirasmikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagi memastikan usaha mengekang kegiatan serta ancaman militan Daesh daripada menular dalam kalangan rakyat di negara ini, ia menuntut jalinan serta kerjasama daripada parti-parti politik.

“Walaupun pembangkang, tapi sama-samalah kita tangani permasalahan Daesh ini, ketepikan kepentingan politik dan sama-sama mengatasi pengaruh Daesh menerusi media sosial,” katanya.

Ditanya mengenai enam rakyat Indonesia ditangkap di Pulau Batam kerana merancang serangan terhadap Singapura, Ahmad Zahid berkata ketika ini terdapat lebih 300 pengikut Abu Bakar Bashir berada di pulau itu.

“Beliau (Abu Bakar) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan telah berakhir dan bebas, sebab itu mereka di Batam mahu menjadikan ia sebagai wilayah baharu Daesh,” katanya.

Timbalan perdana menteri berkata bagi memastikan semua ancaman dan pengaruh militan tidak masuk ke negara ini, pihak keselamatan telah menempatkan pelbagai aset dan kekuatan di kawasan berisiko.

“Kita telah kenal pasti kawasan dinamakan ‘black spot’. Selain itu kita juga akan menggunakan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi untuk pemantauan menerusi media sosial,” katanya.

Dalam sidang media itu, Ahmad Zahid turut menyelar tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang mahu melancarkan kempen mengumpul 10,000 tandatangan bagi menghalang Pusat Tahanan Kamunting di Taiping untuk dijadikan pusat tahanan Daesh.

“Jabatan Penjara telah melakukan pengubahsuaian pusat tahanan itu untuk membolehkan proses deradikalisasi (pemulihan) ke atas mereka dijalankan supaya bila keluar mereka boleh diterima oleh rakyat dan masyarakat.

“Kita tidak mempunyai waktu dan kos untuk membina penjara baharu, jadi kita gunakan Kem Kamunting ini. Masalah keselamatan negara tidak ada kompromi, walaupun berbeza ia harus diterima dengan baik,” tegasnya.

Timbalan perdana menteri memberi jaminan bahawa penduduk di Taiping dan kawasan sekitar supaya tidak bimbang dengan keselamatan mereka dengan keputusan kerajaan itu.

Sementara itu, Hishammuddin turut senada dengan Ahmad Zahid bahawa pemimpin politik mempunyai peranan penting untuk mengekang ancaman Daesh.

“Keperluan ini tidak kepada negara kita sahaja, malah negara besar juga terkapai-kapai untuk menangani isu Daesh ini,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Daesh bukan sekadar ancaman kepada keselamatan, tetapi juga terhadap demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara.

“Sekarang, Malaysia yang Islamik ini sedang diancam oleh Daesh yang ideologinya, pendekatannya, tindakannya sangat salah di sisi Islam.

“UMNO harus menjadi pembela Islam, menjadi gerakan yang menentang sebarang unsur jahat yang cuba meroskakan Islam dan imej baiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: DaeshZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd