• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIK Diminta Pasang Tanda Larangan Pokemon Go Di Masjid

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) diminta memasang papan tanda larangan permainan Pokemon GO di kawasan masjid di negeri itu dengan segera.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ia perlu dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa negeri semalam mengharamkan permainan itu kerana mendatangkan banyak kemudaratan kepada umat Islam.

Beliau berkata pemasangan papan tanda tersebut bertujuan memastikan orang ramai tidak menjadikan kawasan masjid sebagai tempat berkumpul untuk bermain permainan itu.

“Jika ada penguatkuasaan terhadap pengguna yang bermain permainan itu, kita serahkan kepada pihak yang terlibat untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri kali ke-141 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengkaji dengan teliti serta mengambil tindakan lanjut berhubung permainan tersebut.

Ahmad Bashah berkata penjawat awam di negeri itu juga disaran tidak bermain permainan itu ketika melakukan tugas mereka di pejabat kerana boleh menjejaskan kualiti kerja.

Bagaimanapun katanya setakat ini, tiada memo atau pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan kerana percaya penjawat awam melaksanakan tugas dengan baik tanpa leka bermain permainan itu.

Sementara itu, kerajaan negeri Kedah berhasrat untuk membangunkan bidang pelancongan kesihatan melalui cadangan bandar perubatan dalam usaha menggalakkan lagi pelancong tempatan dan luar, datang ke negeri jelapang padi berkenaan.

Ahmad Bashah berkata Pulau Langkawi merupakan antara lokasi yang dicadang bagi membangunkan produk pelancongan kesihatan tersebut.

“Kita akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk membantu kerajaan negeri bagi merealisasikan cadangan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

29/04/2017
0

MOSCOW - Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana...

Majikan Pecat Pekerja Leka Bermain Pokemon Go

26/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati, enam daripada 150 firma yang ditinjau sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd