• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Imej & Nama Baik Negara Ketika Berada Di Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengingatkan jemaah haji Malaysia, khususnya dari Sabah, agar sentiasa menjaga imej dan nama baik negara sepanjang berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Juhar berkata jemaah haji dari Malaysia dikenali pelbagai pihak, termasuk pihak berkuasa Arab Saudi, sebagai antara jemaah haji paling berdisiplin dan imej baik berkenaan perlu sentiasa dipelihara oleh semua jemaah haji.

“Pada setiap musim haji, jutaan umat Islam dari pelbagai negara akan berkumpul di Tanah Suci. Perhimpunan terbesar ini mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya negara masing-masing,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika berucap pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada 150 jemaah haji dari Sabah di Hotel Tabung Haji malam tadi. Seramai 150 jemaah haji dari Sabah berlepas ke Kuala Lumpur malam tadi sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.

Turut hadir isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Juhar juga menasihatkan jemaah haji Malaysia agar tidak sekali-kali terlibat dengan sebarang perhimpunan haram di Tanah Suci kerana perbuatan seperti itu bukan sahaja merosakkan imej Malaysia malah boleh merosakkan hubungan baik Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.

Sehubungan itu, beliau meminta jemaah haji Malaysia agar menumpukan perhatian terhadap ibadah haji mereka dan menggunakan segala kesempatan di Tanah Suci untuk mengerjakan sebanyak mungkin ibadah wajib ataupun sunat.

Katanya selain menumpukan perhatian melaksanakan ibadah, Juhar juga menyeru jemaah haji Malaysia agar berdoa untuk kesejahteraan negara ini dan negeri Sabah khususnya agar terus aman, makmur demi untuk kehidupan generasi akan datang.

Beliau juga mendoakan semoga semua jemaah haji Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat serta mendapat haji mabrur. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTun Juhar Mahiruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Di Negara Ini Pakai ‘Skirt’ Gara-Gara Tikus

Next Post

Bekas Pengurus Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen

Related Posts

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Boleh Berada Di Makkah Hingga 23 Mei

15/05/2024
0

Kuala Lumpur : Seramai 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah berada dalam keadaan baik dan selamat. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Bekas Pengurus Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd