• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pasport: Imigresen Salahkan Laporan Akhbar?

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen mendakwa orang ramai terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan pasport mereka di Jabatan Imigresen Putrajaya semalam ekoran laporan yang tidak tepat oleh beberapa akhbar tempatan pada 29 Julai lalu.

Ketua Pengarahnya yang baharu, Datuk Seri Mustafar Ali mendakwa, beberapa akhbar tempatan melaporkan proses permohonan pasport akan mengambil masa selama enam bulan untuk diselesaikan disebabkan masalah kekurangan bekalan paspot oleh pembekal.

“Imigresen mengambil serius laporan tersebut yang menyebabkan situasi panik dalam kalangan orang ramai. Susulan daripada laporan tersebut, pejabat pasport seluruh negara dibanjiri orang ramai untuk membuat permohonan sama ada permohonan baharu atau memperbaharui pasport.

“Untuk makluman, walaupun Pasport Malaysia Antarabangsa sedang dalam proses transisi kepada pasport versi baharu dan menghadapi sedikit masalah penghantaran, namun imigresen sentiasa memastikan bekalan pasport tidak terganggu. Permohonan pasport sedia ada akan diproses pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar berkata, rekod pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa adalah yang terbaik berbanding negara lain dan penyerahan pasport dalam tempoh satu jam selepas bayaran adalah yang pertama diperkenalkan di dunia.

Malah, dakwa beliau, negara maju mengambil masa selama dua minggu hingga tiga bulan bagi mendapatkan pasport.

Justeru, beliau meminta orang ramai mengelak daripada membuat permohonan pada saat akhir kerana boleh mengundang masalah yang lebih besar kepada mereka jika pasport tidak dapat diproses pada hari sama akibat lambakan orang ramai di pejabat pasport.

“Sehubungan itu, dinasihatkan orang ramai tidak panik di atas isu ini dan memberi ruang kepada imigresen menangani isu ini dengan berkesan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: ImigresenPASPORT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd