• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

iPhone 7 Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

oleh AK-47
31/08/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan orang ramai adalah pengenalan telefon pintar Apple paling terbaharu, iaitu iPhone 7.

Perkara ini disahkan portal imore, apabila Apple mula menghantar jemputan media kepada media antarabangsa bagi satu acara dijadualkan berlangsung di Bill Graham Civic Auditorioum, San Franciso, Amerika Syarikat pada 7 September (8 September waktu Malaysia).

‘Pembocor rahsia’ EVleaks yang terkenal dengan meniriskan beberapa info lebih awal sebelum pengenalan sesuatu produk turut menyatakan, ia dijadual bermula pada awal September.

iPhone 7 dijangka akan membawakan rekaan seakan sama seperti iPhone 6S namun ia dikatakan tidak mempunyai port untuk audio-jack, selain menyertakan kamera yang lebih baik melalui telefon pintar baru mereka.

iPhone 7 Akan Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Mengikut sejarah sebelum ini, Singapura sentiasa berada di gelombang pertama jualan. Jika anda mahu jadi yang terawal memilikinya, bersiap sedia untuk melawat Singapura pada 16 September nanti. Apatah lagi, ia adalah hari cuti awam di Malaysia.

Seperti acara sebelum ini, orang ramai turut boleh menonton pelancaran ini secara langsung melalui laman www.Apple.com menggunakan komputer Mac atau peranti iOS. Untuk pengguna PC, ia boleh ditonton secara khusus menggunakan pelayar Microsoft Edge. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: iMore

Tags: appleIphone 7
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Lipan Bara’ Antara Tarikan Perarakan Hari Kebangsaan

Next Post

Uqasha Nafi Bercinta, Hanya Kawan Biasa Tengku Bakar

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

Russia Dakwa Risikan AS Guna Telefon Apple

01/06/2023
0

MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mendedahkan operasi perisikan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) menggunakan telefon pintar Apple. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Uqasha Nafi Bercinta, Hanya Kawan Biasa Tengku Bakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd