• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ifa Raziah Akui Dapat Gelaran Datuk Sejak Januari

oleh AK-47
14/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba heboh di internet menyatakan penyanyi dan pelakon Ifa Raziah telah menerima darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran Datuk.

Tampil menjelaskan isu itu, Ifa mengakui menerima penganugerahan itu secara sah sekitar bulan Januari lalu.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 41, darjah Ahli Setia Diraja yang diterima itu diberi daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.

Ifa Raziah Akui Dapat Gelaran Datuk Sejak Januari

“Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

“Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja.

“Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.

“Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu,” katanya kepada mStar Online.

Ifa Raziah Akui Dapat Gelaran Datuk Sejak Januari

Dalam pada itu, Ifa berkata, dia tidak dapat menutup mulut-mulut orang yang mahu mempersoalkan gelarannya itu.

Jelas Ifa, layak atau tidak dia menerima anugerah itu perlu ditanya kepada pihak yang menganugerahkannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ifa raziah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Dia Peluk Sebab Nak Pujuk” – Ifa Raziah

24/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Artis serba boleh, Ifa Raziah menyifatkan, isu foto Datuk Boy Iman memeluknya yang dimuat naik di laman...

Netizen Tertipu, Sheeda ‘Serang’ Ifa Raziah Hanya Propa

12/07/2018
0

KECOH seketika laman sosial gara-gara satu video yang membabitkan dua penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan juga Sheeda bertegang lidah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd