• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis ‘Payungkan’ Nenek Cina Jadi Viral

oleh AK-47
01/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang wanita muslim menggunakan kain tudung untuk menutup kepala seorang nenek berbangsa Cina, demi mengelakkan nenek itu dari dibasahi hujan, mula menjadi buah mulut orang ramai sejak tersebar di media sosial.

Gambar itu dirakam pada 26 Jun di Singapura, oleh jurukamera TODAY Online yang kemudiannya dikongsikan oleh ramai netizen sehingga membuatkan orang ramai tersalah faham gambar tersebut diambil di Malaysia.

A photo posted by TODAY (@todayonline) on Jul 25, 2016 at 10:11pm PDT

Perkara tersebut lebih menjadi jelas apabila seorang pengguna Facebok, Saiful Bahari Baharom berkongsikan gambar tersebut dengan kepsyen “I love this photo.” di halaman sosialnya.

Lantas netizen tempatan yang tersentuh hati, rata-ratanye meninggalkan komen dengan mengatakan, ” Ini barulah Satu Malaysia“, “Ketika melihat gambar ini rasa nak menangis” , ” Inilah Malaysia yang saya cintai” , ” Inilah semangat orang Malaysia yang sejati” dan sebagainya.

Bagaimanapun, wanita muda yang terdapat dalam gambar itu yang dikenali sebagai Sakinah Tan memberitahu nenek tersebut adalah neneknya dan mereka berdua dalam perjalanan pulang selepas bersarapan bersama.

Di laman facebooknya, Sakinah menjelaskan, “Sebenarnya saya hanya menyayangi nenek saya, dan tidak perlu mengangap saya sebagai wira.

sakinah

Sambil bergurau, Sakinah turut menyatakan,”Rupa-rupanya tudung juga ada kegunaan lain, termasuk menjadi payung buat nenek saya.”

Sementara itu, Sakinah bersyukur dan terima kasih kepada mereka yang tersentuh hati dengan gambar itu.

Jelasnya, apa yang dilakukannya pada ketika itu semata-mata untuk meringankan beban dan rasa kerinduannya terhadap neneknya, itulah sebab dia teman nenek pergi ke klinik dan bersarapan bersamanya.

“Tanpa disangka-sangkakan, ketika kami sedang meneduh hujan di lobi bangunan, aksi spontan saya dengan nenek telah dirakam oleh jurukamera TODAY Online iaitu Jason Quah.”

Selain itu, ada juga yang berpendapat, sama ada gambar tersebut diambil di Singapura atau pun Malaysia tidak wajar dipertikaikan kerana saat menunjukkan kasih sayang seperti itu adalah positif dan bersemangat muhibah buat semua orang.

Sehingga kini, gambar tersebut menerima lebih daripada 12,000 perkongsian sejak dimuat naik. -MYNEWSHUB.CC

Tags: anak gadisgadis bertudungPayungSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd