• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Ditahan Izin Kekasih Samun Guna Kereta Bapa

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Seorang gadis menerima padah apabila ditahan polis Jumaat lepas kerana dipercayai membenarkan kekasihnya, ketua Geng Ahmad, menggunakan kereta milik bapanya untuk melakukan samun bersenjata secara berkumpulan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata gadis berusia 21 tahun itu ditahan di Seksyen 9, Shah Alam pada pukul 1 pagi Jumaat.

“Hasil pemeriksaan di rumah gadis itu, polis menemui kereta jenis Citroen merah dipercayai pernah digunakan dalam satu kes samun.

“Penahanan gadis itu membawa kepada tangkapan teman lelakinya iaitu suspek yang dikehendaki kerana dipercayai sering melakukan samun menggunakan senjata api di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohammad Azlin berkata polis menahan ketua geng samun berusia 21 tahun itu pada 3.30 petang keesokannya di Subang Jaya.

Polis turut merampas sehelai baju hitam, topi, dompet, kasut, telefon pintar dan penutup mulut yang dipercayai digunakan suspek semasa menyamun.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan menggunakan pistol tiruan jenis Glock 19 yang disimpan seorang rakannya berumur 20 tahun yang turut ditahan di Seksyen 9, Shah Alam, pada pukul 8.10 malam hari yang sama.

“Polis merampas satu pistol tiruan dan susulan tangkapan lelaki berusia 20 tahun itu, polis menahan seorang lagi lelaki berumur 21 tahun di sebuah rumah di Taman Melawati pada 9.15 malam, kedua-duanya dipercayai anggota geng berkenaan,” katanya.

Menurut Mohammad Azlin, modus operandi kumpulan itu ialah menyasarkan kedai serbaneka dan pasar mini di sekitar Lembah Klang dengan berpura-pura membeli barang sebelum mengacukan pistol kepada pekerja kedai untuk menyamun.

Katanya, dengan penahanan kesemua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan hampir 30 kes samun melibatkan kumpulan itu sejak awal tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – BERNAMA

Tags: gadiskes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd