• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Rasmi Jambatan Gantung Tertinggi Di Dunia

oleh
29/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuka rasmi jambatan gantung tertinggi dan terlebar di dunia yang menghubungkan benua Eropah dengan Asia di sini lewat Jumaat, lapor media tempatan.

Yavuz Sultan Selim Köprüsü di Istanbul itu merupakan jambatan ketiga merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan bandar raya terbesar Turki tersebut kepada dua benua berbeza sejak sekian lama menghubungkan antara Laut Hitam dan Laut Marmara.

Projek mega bernilai 8.9 bilion lira (RM12.1 bilion) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Erdogan untuk memajukan kota raya utama Turki itu, yang secara kebetulan beliau sendiri merupakan mantan Datuk Bandarnya antara 1994 hingga 1998.

Jambatan ikonik yang mula dibina pada 2013 dan menyerupai seni bina Jambatan Brookyln di New York, Amerika Syarikat itu, turut dilengkapi dengan jalan raya lapan lorong bertol 9 lira (kira-kira RM12) selain laluan landasan kereta api dua arah.

Walaupun jarak jauh hanya 1.4 kilometer, iaitu jambatan gantung kesembilan paling panjang di dunia, namun ia memecah rekod baharu berketinggian 322 meter dari paras laut mengatasi Akashi-Kaikyo di Jepun; selain terlebar di dunia iaitu 59 meter.

Dinamakan sempena pemerintah terkenal Khalifah Uthamaniah kurun ke-16 lalu, jambatan direka arkitek Jean-Francois Klein dan Michel Virlogeux itu dijangka dapat menampung pergerakan 135,000 buah kenderaan setiap hari. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ErdoganistanbulTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

10/02/2025
0

SEPANG - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd