• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donald Trump Gelar Hillary Sebagai Syaitan

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENNSYLVANIA – Hartawan celupar, Donald Trump semalam menggelar pencabarnya dari calon Demokrat, Hillary Clinton sebagai ‘syaitan’.

Bercakap dalam satu kempennya di Mechanicsburg, calon Republikan itu menyelar Bernie Sanders kerana mengaku kalah dalam saingan untuk menjadi calon Demokrat dan keputusannya untuk menyokong Hillary.

“Dia (Sanders) membuat perjanjian dengan syaitan. Syaitan itu ialah Hillary,” katanya.

Ini bukan kali pertama dia mengeluarkan kata-kata menghina terhadap pencabarnya itu.

Jumaat lalu, ketika berkempen di Colorado, taikun hartanah itu berkata: “Bernie Sanders amat menghampakan. Dia menjual dirinya kepada syaitan.”

Trump bagaimanapun tidak merujuk Hillary sebagai syaitan ketika itu.

Sementara itu, ketika berkempen di Columbus, Ohio, Trump berkata, dia bimbang penipuan akan berlaku dalam pilihan raya presiden 8 November depan.

Kenyataan itu amat mengejutkan kerana belum ada calon pilihan raya dalam sejarah moden Amerika Syarikat (AS) sebelum ini membuat kenyatan seperti itu.

Dakwaan luar biasa Trump yang tidak disokong dengan sebarang bukti, dilihat mengancam pilihan raya yang selama ini aman dan mencabar proses demokratik yang adil.

“Saya bimbang akan berlaku penipuan dalam pilihan raya. Saya perlu berterus terang di sini. Semakin banyak saya dengar mengenai pilihan raya ini tidak akan berlangsung secara adil,” kata Trump tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Jutawan itu memang terkenal dengan teori konspirasi, termasuk mendakwa Presiden Barack Obama tidak dilahirkan di AS. – Agensi/myMetro Online

Tags: Hillary Clinton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Obama, Clinton Paling Dikagumi Rakyat AS

28/12/2017
0

WASHINGTON - Bekas Presiden Barack Obama dipilih sebagai lelaki paling dikagumi di Amerika Syarikat manakala bekas Setiausaha Negara AS, Hillary...

Kecoh Suami Hillary Clinton Telanjang Diurut Pelacur

17/11/2016
0

WASHINGTON DC - Netizen media sosial kecoh susulan kemunculan foto mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berbogel diurut seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd