• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Kebocoran Maklumat Scorpene Perlu Disiasat

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan kebocoran maklumat mampu tempur kapal selam Scorpene yang turut dibeli Malaysia dari syarikat pertahanan DCNS Perancis, perlu disiasat bagi mengesahkan kesahihan berita seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata maklumat berkenaan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum ia diuar-uarkan kepada umum.

“Laporan atau dakwaan berkenaan perlu disiasat dan disahkan terlebih dahulu dari segi maklumat jenis apa yang dimaksudkan serta tahap darjah keselamatan maklumat berkenaan.

“Apa sekalipun hasilnya, spesifikasi, ciri-ciri serta keupayaan kapal selam kita adalah unik dan berlainan dengan kapal selam dari negara Chile ataupun India,” katanya ketika ditemui di majlis malam Anugerah Sukan Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Perwira, di sini.

Beliau berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan berhubung dakwaan kebocoran maklumat yang dilaporkan itu kerana ia tidak menjejaskan tahap operasi mahupun keselamatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Johari berkata maklumat ketenteraan yang berdarjah khasnya terhadap aset strategik negara sentiasa dikawal rapi.

Katanya, anggota TLDM sentiasa diingatkan mengenai keselamatan maklumat bagi mengelak sebarang kebocoran maklumat.

“Pada saya, jika ada mereka yang ada niat untuk bocorkan maklumat, mereka ini boleh dianggap pengkhianat negara.

“Alhamdullilah, sukacita saya nyatakan bahawa kita tidak menghadapi masalah ini tetapi kita tidak boleh leka atau ambil mudah cabaran atau isu ini dan kita perlu tegas dan tidak boleh berkompromi dalam hal-hal keselamatan negara,” katanya.

Media Australia hari ini melaporkan data sensitif mengenai kemampuan kapal selam Scorpene yang dibina syarikat kapal Perancis itu mengalami kebocoran secara besar-besaran susulan kebocoran sebanyak 22,400 muka surat dokumen rahsia kapal selam itu itu yang dimiliki Tentera Laut India.

Rekaan kapal selam itu dikatakan mempunyai kelas yang sama dengan kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang beroperasi di perairan Kota Kinabalu, Sabah. – BERNAMA

Tags: kapal selam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zoo Paling Teruk Di Dunia Akhirnya Ditutup

Next Post

Tiga Beranak Mati Dikelar Ahli Keluarga Sendiri

Related Posts

India Lancar Peluru Berpandu Balistik Dari Kapal Selam

India Lancar Peluru Berpandu Balistik Dari Kapal Selam

15/10/2022
0

NEW DELHI: India berjaya menguji peluru berpandu balistik yang dilancarkan daripada kapal selam berkuasa nuklear asli pertama. Ikuti Mynewshub: Telegram Menurut...

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Dari Kapal Selam

07/05/2022
0

SEOUL: Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan peluru berpandu dari kapal selam, hari ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia merupakan pelancaran kedua dalam...

Next Post

Tiga Beranak Mati Dikelar Ahli Keluarga Sendiri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd