• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Daesh Serang Ambang Merdeka Gagal – KPN

oleh
31/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis menggagalkan cubaan melancarkan serangan pada malam Ambang Merdeka dengan penahanan tiga rakyat tempatan yang dipercayai anggota Daesh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun ditahan di ibu negara, Selangor dan Pahang menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas pada Sabtu dan Isnin lepas.

“Ketiga-tiga suspek merupakan warga negara Malaysia yang menganggotai sel yang sama.

“Mereka menerima arahan daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan ke atas pusat hiburan di Kuala Lumpur, Kuil Hindu di Batu Caves, Selangor serta balai polis atau mana-mana anggota polis dengan menggunakan bom tangan atau senjata api pada malam Ambang Merdeka 2016,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata pihak polis turut merampas sebutir bom tangan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI serta 24 butir peluru berukuran 9mm daripada suspek yang ditahan di Selangor pada Sabtu lepas yang merupakan seorang pemandu lori berusia 20 tahun.

Khalid berkata kesemua bahan letupan dan senjata api itu dibekalkan kepada suspek oleh orang perantaraan iaitu Mohamad Wanndy.

Beliau berkata dua lagi suspek merupakan seorang penjual daging berusia 27 tahun dan seorang penjual air berusia 20 tahun yang masing-masing ditahan di Pahang dan ibu negara Isnin lepas.

“Ketiga-tiga suspek merancang berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas dengan bantuan Mohamad Wanndy selepas berjaya melancarkan serangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

Tags: DaeshIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd