• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coca-Cola Perluas Kemudahan Sedia Ada Di Nilai

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Syarikat minuman, Coca-Cola yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dan merancang untuk terus melabur di negara ini, bermula dengan memperluaskan kemudahan pengeluarannya yang sedia ada di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen James Lusk, berkata Coca-Coca Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd kini dalam proses membeli sebidang tanah bersebelahan dengan kemudahannya yang sedia ada untuk tujuan tersebut.

“Tapak seluas 4.05 hektar itu akan membolehkan kami meneruskan pelaburan kami di Malaysia, dan semakin lebih besar, kami (akan) memerlukan lebih banyak ruang dan tanah.

“Kami optimis dan gembira dengan prospek masa depan bagi perniagaan kami serta ekonomi Malaysia, dan kami telah meraih manfaat daripada struktur kos Malaysia yang menarik, ketersediaan tenaga kerja, asas ekonomi yang kukuh dan infrastruktur eksport yang baik,” katanya pada sidang media mengenai acara ‘Coca-Cola Celebrates 80th Year in Malaysia’ di sini hari ini.

Lusk berkata cadangan pembelian itu akan membolehkan syarikat meluaskan operasi dan terus membuat pembaharuan pada produknya yang ditawarkan dalam pasaran di Singapura, Malaysia dan Brunei.

“Kami satu-satunya syarikat minuman yang menghasilkan dan menjual minuman ringan sifar gula dan sifar kalori di Malaysia dan kami akan terus membuat pembaharuan kepada portfolio minuman kami dan saiz hidangan termasuk pek lebih kecil untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan kami,” katanya.

Coca-Cola memulakan operasinya di Malaysia pada 1936 dengan satu produk, dan hari ini portfolionya mempunyai lebih 80 produk termasuk minuman berkarbonasi seperti Fanta, Sprite, A&W, dan Schweppes; dan minuman sifar kalori seperti Coke light dan Coke Zero.

Minuman bukan berkarbonasi termasuk minuman jus Minute Maid Pulpy, teh Heaven & Earth, minuman isotonik Aquarius dan Dasani Water. – BERNAMA

Tags: Coca-Cola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Punca Coca-Cola Rugi Besar

16/06/2021
0

BUDAPEST - Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam....

Boikot Coca-Cola Hanya Akan Jejaskan Pekerja Tempatan

20/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Gesaan supaya orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya memberi kesan terhadap pekerja tempatan syarikat itu. Coca-Cola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd