• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Sasar Gelaran Dunia Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Kejohanan Dunia tahun depan akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Datuk Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran utama selepas impiannya meraih pingat emas Sukan Olimpik berakhr hari ini.

Selepas layak empat kali di final Kejohanan Dunia, pemain berusia 33 tahun itu masih kempunan menamatkan badi meraih gelaran utama dan edisi tahun depan akan menjadi usaha terakhir sebelum mengakhiri kariernya.

“Setahun lagi sebelum saya bersara dan pemain Malaysia yang lain harus mengisi kekosongan yang ada,” kata Chong Wei selepas sekali lagi kecewa di pentas final Sukan Olimpik, hari ini.

Chong Wei adalah naib juara dunia edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 tetapi pingat perak 2014 di Copenhagen, Denmark ditarik balik selepas gagal ujian doping menyebabkan beliau digantung lapan bulan.

Juara dunia dari China, Chen Long menjadi penghalang kepada usaha terakhir Chong Wei di Olimpik selepas menundukkan pemain negara 21-18, 21-18, sekali gus menamatkan harapan Malaysia meraih pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik.

Mengenai perlawanan akhir itu, Chong Wei mengakui ia bukan aksi yang diimpikannya kerana berharap dapat menentang musuh tradisinya, Lin Dan di final sebagai pentas mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik.

Chong Wei juga mengakui Chen Long adalah pemain yang lebih baik dalam perlawanan itu dan beliau telah mencuba yang terbaik untuk memberikan Malaysia pingat emas pertamanya tetapi gagal menggugat keutuhan lawannya.

“Banyak kesilapan di depan jaring yang saya lakukan dan ia nyata memberi kesan ketika Chen Long beraksi dengan cukup baik,” kata Chong Wei yang tewas di tangan Lin Dan dalam aksi final edisi 2008 dan 2012.

“Saya perlu terima hakikat karier Olimpik saya berakhir dengan pingat perak,” katanya yang mengutip pingat perak ketiganya daripada empat penampilan di temasya Olimpik. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bung Moktar Beri Keterangan Bantu Siasatan SPRM

Next Post

Jemaah Dinasihat Tumpu Ibadah, Tidak Percaya Khabar Angin

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Next Post

Jemaah Dinasihat Tumpu Ibadah, Tidak Percaya Khabar Angin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd