• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cecair Merkuri Tumpah Di Klinik Kesihatan Merchang

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Sepasukan Unit Bahan Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Hazmat) terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Merchang di sini hari ini untuk membersihkan cecair merkuri yang tumpah di bilik rawatan kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Abdulah Zawawi Mohamed berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila termometer (mengandungi bahan merkuri) yang digunakan untuk mengukur suhu terjatuh ke lantai bilik rawatan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kira-kira pukul 10.40 pagi dan menggegaskan lima anggota Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta
lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Marang ke lokasi untuk membersihkan sisa merkuri tersebut.

“Semasa kejadian, terdapat seorang doktor dan seorang pesakit di dalam bilik rawatan. Kami menggunakan ‘sulfur’ dan bahan peluntur untuk membersihkan sisa berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Abdullah Zawawi berkata kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya kira-kira dua jam kemudian dan klinik itu kembali beroperasi seperti biasa. – BERNAMA

Tags: Merkuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

7 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Merkuri

06/08/2019
0

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaan dan pembelian tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri. Ketua...

3 Pelajar Dikejarkan Ke Hospital Akibat Tumpahan Merkuri

16/07/2018
0

GUA MUSANG - Tiga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1, di sini hari ini terpaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd