• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M Kaedah Terbaik Kembang Ekonomi Tempatan

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pada pandangan 35 ahli ekonomi United Kingdom (UK), adalah kaedah terbaik membantu perkembangan ekonomi tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata melalui pemberian itu, rakyat akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi negara.

“Tolong orang apa salahnya. Tolong orang miskin pun dia kata salah bagi makan dedak pulak, saya bagi BR1M kata makan dedak… 35 para ahli ekonomi di UK kata BR1M adalah kaedah yang terbaik, bukan saya sebut.

“…35 para ekonomi di UK kata BR1M itu terbaik kerana bila kita bagi BR1M, orang dapat duit dan pergi kedai beli barang, pergi pasar tani beli ikan, sayur, kedai beli kasut, baju. Ekonomi tempatan berkembang kerana ada suntikan ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, hari ini.

Beliau berkata segala usaha yang dilakukan kerajaan telah banyak membantu rakyat dalam semua aspek kehidupan termasuk mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dalam setiap projek atau pembangunan yang dilaksanakan.

Katanya sebagai contoh, projek pengangkutan yang dibangunkan kerajaan seperti tren sistem transit aliran ringan (LRT) dan Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) membuka peluang pekerjaan kepada siswazah kejuruteraan.

Najib berkata projek tersebut bukan sahaja membantu mengurangkan masalah sistem pengangkutan di negara ini tetapi ia menguntungkan banyak pihak terutamanya rakyat dan negara.

Beliau berkata pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang akan melibatkan laluan di Ayer Keroh Melaka akan turut menjadi pemangkin kemajuan ekonomi negara dan negeri Melaka.

Sementara itu, Najib berkata pada pilihan raya umum akan datang, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka perlu berusaha lebih gigih bagi memastikan kemenangan yang lebih besar untuk parti itu di negeri ini.

“Kita nak tambah satu lagi parlimen, (parlimen) Kota Melaka itu bonus tetapi (parlimen) Bukit Katil wajib kita menang balik. DUN (Dewan Undangan Negeri) menang 27 daripada 31. Saya akan bantu supaya berjaya,” katanya.

Pada masa ini di Melaka, BN memegang empat daripada enam kerusi parlimen manakala kerusi DUN, 21 daripada 28 kerusi. Dilaporkan sebelum ini persempadanan semula di negeri ini dijangka akan menambah tiga DUN baharu menjadikan keseluruhan kepada 31 kerusi. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd