• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadap Dengan Imigresen, 3 Beranak Ditahan

oleh AK-47
15/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Gara-gara bersikap kurang ajar dan mengingkari arahan daripada pegawai Imigresen, tiga anak beranak warga Singapura ditahan ketika cuba memasuki sempadan di pintu masuk.

Quek Chin Fern, 42, dan dua anaknya, Miguel Lim, 19, dan Chery Isabella Lim, 18, telah ditahan dalam kejadian jam 3.30 petang, Jumaat lalu kerana enggan memberi kerjasama kepada pegawai terbabit untuk menurunkan tingkap kenderaan bahagian belakang.

“Pegawai yang bertugas minta kerjasama untuk turunkan tingkap bahagian belakang disebabkan tingkap gelap. Namun pemandunya enggan berbuat demikian lalu memarahi dan memaki hamun pegawai berkenaan.

“Setelah puas memaki hamun pegawai terbabit, wanita itu menurunkan tingkap dan anaknya di belakang kereta dengan sombongnya telah memberikan isyarat lucah terhadap pegawai tersebut,” kata sumber yang menggunakan akaun nama Pokok Tumbang di laman Facebook.

Ekoran kebiadaban yang tidak dijangkakan itu, maka berlakulah perbalahan. Tiga anak beranak itu diarahkan keluar dari kereta, sekali lagi mereka enggan mengikuti arahan dan membunyikan hon untuk memprovokasi pegawai tersebut.

Biadap Dengan Imegresen, 3 Beranak Ditahan

Biadap Dengan Imegresen, 3 Beranak Ditahan

Biadap Dengan Imegresen, 3 Beranak Ditahan

Ketiga-tiga mereka telah ditahan dan dihantar ke pejabat sebelum dihantar ke lokap. Bagaimanapun, sekali lagi pemandu berkenaan telah menuduh pegawai Imigresen terbabit cuba meminta sejumlah wang dari mereka bagi tujuan memburukkan pegawai berkenaan.

Kereta milik pemandu wanita itu jenis BMW523i berwarna hitam dengan nombor pendaftaran SLC968A juga telah disita di bawah Seksyen 49A Akta Imigresen 1959/63.

Berdasarkan perkongsian netizen, Quek Chin Fern pernah terlibat dalam beberapa kes yang serius.

Pada 2012, wanita itu pernah menikam suaminya ketika mendapatkan rawatan di hospital kerana cecair asid telah terpercik pada kemaluannya selepas didakwa mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Pokok Tumbang

Tags: sempadanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd