• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera Mula Berlari Alor Setar – Dataran Merdeka

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bagi menyemarakkan semangat patriotisme terutama dalam kalangan belia bersempena Hari Kebangsaan ke-59, bekas anggota tentera, Nasir Abas, pada Ahad memulakan Larian Merdeka sejauh 500 kilometer dari Alor Setar ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis pelepasan dari Masjid Zahir di sini pada 7.30 pagi itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun.

Turut hadir anggota keluarga dan rakannya untuk memberikan sokongan moral dan semangat.

Nasir, 61, dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah berkata beliau berharap usahanya itu dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan golongan belia yang dilihatnya semakin melupai erti sebenar kemerdekaan.

“Saya berharap mereka (golongan belia) dapat melihat usaha yang diperjuangkan saya walaupun sudah bergelar warga emas,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, beliau menyasarkan tempoh 10 hari untuk menamatkan larian itu yang turut diiringi dua buah kereta.

Beliau yang merupakan imam Masjid Putra, Kuala Kedah berkata walaupun telah bersara dari tentera pada 1998 selepas berkhidmat selama 21 tahun, semangat sayang dan cintakan negara masih kuat dan ia menjadi salah satu pendorong untuknya memulakan Larian Merdeka itu.

Nasir pernah mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Records selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2002 kerana berjaya berlari sejauh 1,754 kilometer selama 30 hari di seluruh Semenanjung bermula dari Kelantan hingga Perlis dan pada 2003 atas kejayaannya berlari sejauh 2,068 kilometer dari Tawau hingga Kuching selama 53 hari.

Pada Ogos tahun lalu beliau turut berlari lebih 500 kilometer dari Stadium Shah Alam hingga Stadium Darul Aman sebagai tanda sokongan kepada skuad Helang Merah untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. – BERNAMA

Tags: larianwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd