• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banteras Pelajar Babit Judi Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Semua pihak terutama ibu bapa dan pendidik harus memainkan peranan bagi memastikan kegiatan judi dalam talian di kalangan pelajar tidak menular.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pihaknya memandang serius kegiatan judi dalam talian dan kementeriannya juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangani aktiviti itu.

“Isu judi dalam talian ini merupakan isu yang serius dan perlu ditangani, ibu bapa dan pendidik juga harus berperanan bagi memastikan perkara ini tidak terus menular.

“Ibu bapa harus mengawasi anak dari segi gerak lakunya dan lihat apa yang mereka lakukan di sebalik pintu yang tertutup bila mereka di rumah.

“Bagi pendidik pula, mereka harus menekankan agar pelajar mengelakkan daripada melayari mana-mana laman sesawang berkaitan judi dalam talian kerana sekiranya didapati melanggan dan melayari judi ini, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Pasak Budi 2016 yang melibatkan 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis di sini hari ini.

Jailani berkata pelajar dan remaja merupakan golongan yang sering terdedah dengan internet dan kebanyakkan mereka menghabiskan masa lebih lima jam sehari untuk melayarinya.

“Seperti yang saya sering katakan, dari segi kadar penggunaan jalur lebar di seluruh negara sekarang ini adalah lebih 73 peratus dan ini merupakan satu usaha yang dilakukan kerajaan pusat untuk merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

“Dari segi kegunaan internet, pelajar atau remaja menghabiskan masa lebih lima jam sehari untuk melayari internet dan mereka akan mudah terdedah dan terpedaya dengan apa sahaja yang dilihat dalam laman sesawang,” katanya.

Jailani berkata semua pihak seharusnya menggunakan sebaik mungkin prasarana yang telah disediakan kerajaan yang sememangnya bertujuan memudahkan urusan penduduk bagi mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran dan pekerjaan.

“Kementerian bersama PDRM dan agensi berkaitan sentiasa bekerjasama dan mereka yang terlibat dalam kegiatan judi adalah melakukan kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan sebagainya kerana apa sahaja kesalahan di alam maya juga adalah kesalahan di alam nyata.

“Kita juga telah menyekat laman sesawang dan mengenal pasti nombor telefon yang digunakan pihak berkaitan dalam menarik orang ramai menyertai judi dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Tags: mesin judipelajar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Hilang Ditemui Mati Lemas Di Tanjung Rhu

Next Post

Kisah Pilu Nenek 74 Tahun, Menyelam Demi Kumpul Duit

Related Posts

Tumbuk Guru, Pelajar Mengaku Salah

Tumbuk Guru, Pelajar Mengaku Salah

30/07/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki yang tular menumbuk gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

Next Post

Kisah Pilu Nenek 74 Tahun, Menyelam Demi Kumpul Duit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd