• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Badang’ Indonesia Ditangkap Kerana Mencuri Motosikal

oleh
31/08/2016
dalam Jenayah, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Satu ketika dahulu beliau digelar sebagai ‘Badang’ Indonesia kerana sering menjuarai banyak acara dalam pelbagai kejohanan angkat berat ketika berusia belasan tahun.

Bagaimanapun, bekas atlet angkat berat kebangsaan Indonesia, Bagus Dana Saputra atau dikenali sebagai Entus kini berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana mencuri dan melakukan kekerasan jenayah terhadap masyarakat.

Entus, 21, ditahan bersama rakannya Mamang Rudi Asmoro, 21, di Pedurungan Semarang di wilayah Jawa Tengah kerana disyaki menjalankan kegiatan mencuri motosikal dan melakukan jenayah kekerasan.

Media-media dalam talian hari ini memetik Ketua Polis Seksyen Pedurungan Semarang, Sugiyatmo sebagai berkata, polis menahan Entus dan rakannya itu di sebuah rumah dan menemukan empat buah motosikal yang disyaki hasil curi.

Polis turut merampas beberapa senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk melakukan kekerasan terhadap mangsa sebelum mencuri motosikal mereka.

“Modus operandi mereka ialah mencuri motosikal yang diparkir di kawasan rumah sewa, warung makan dan warung Internet. Mereka juga meminum arak terlebih dahulu sebelum melakukan kejahatan itu,” katanya.

Beliau berkata, Entus kemudiannya mengakui dirinya menjadi penjahat sejak dua tahun kebelakangan ini dan memberi alasan berbuat demikian kerana kecewa dengan layanan dan janji kerajaan terhadap dirinya yang tidak ditunaikan

Entus mendakwa kerajaan pernah berjanji menawarkan pekerjaan sebagai penjawat awam tetapi apa yang berlaku ialah dirinya diabaikan begitu sahaja setelah tidak lagi terpilih mewakili negara dalam acara sukan di peringkat antarabangsa.

Kali terakhir Entus mewakili Indonesia bagi acara angkat berat ialah pada temasya Sukan Arafura di Australia pada tahun 2012.

Sugiyatmo berkata Entus akan didakwa di bawah Fasal 366 Kitab Undang-undang Hukum Pidana yang jika sabit kesalahan akan membawa hukuman penjara 12 tahun. – BERNAMA

Tags: angkat beratBadang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Lengan Angkat Beban 110 Kilogram

14/04/2019
0

TBILISI - Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat...

Badang Memang Wujud, Tidak Makan Muntah Hantu

30/01/2019
0

KESAN tinggalan dan bukti yang boleh dikaitkan dengan kekuatan Badang di Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Johor menguatkan lagi kewujudan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd