• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Arkitek Utama’ Serangan Daesh Di Barat Terbunuh

oleh
31/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Salah seorang pemimpin utama Daesh, Abu Mohamed al-Adnani, yang disifatkan Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘arkitek utama’ serangan-serangan kumpulan pengganas itu di negara-negara Barat, terbunuh di Syria.

Kematian Adnani itu disahkan sendiri oleh Daesh, dan disifatkan AS sebagai satu tamparan hebat kepada kumpulan pengganas itu.

AS menyatakan bahawa perikatan tentera antarabangsa melancarkan serangan ofensif udara yang menyasarkan Adnani di Aleppo pada semalam, dan ia masih menilai kesan operasi itu.

Adnani, antara pengganas Daesh paling terkenal, sebelum ini pernah menyeru para pengikut Daesh supaya melancarkan serangan-serangan secara sendirian terhadap orang awam dengan menggunakan pisau malah juga kenderaan.

Ini seperti yang berlaku di Nice, Perancis pada 14 Julai lalu, apabila seorang penduduk negara itu kelahiran Tunisia yang terpengaruh dengan seruan Adnani; merempuh orang ramai menggunakan trak, sehingga membunuh 86 orang.

Agensi berita Daesh, Amaq menyatakan Adnani sebagai “mati syahid ketika sedang memantau operasi untuk menghapuskan kempen-kempen tentera terhadap Aleppo” dan berikrar akan membalas dendam atas kematiannya.

Di Washington DC, jurucakap Pentagon, Peter Cook berkata Adnani “berkhidmat sebagai arkitek utama operasi-operasi luaran ISIL (Daesh) dan sebagai ketua jurucakap ISIL.”

“Dia menyelaraskan pergerakan para militan Daesh, secara langsung menggalak serangan secara sendirian dilancarkan terhadap orang awam dan anggota tentera, dan giat merekrut anggota-anggota ISIL baharu,” ujarnya.

Adnani berasal dari Idlib di barat Syria dan menyertai gerakan pelampau di Iraq, di mana dia melakukan kegiatan pelampau di bawah pemimpin Al-Qaeda, Abu Musab al-Zarqawi, yang sudah meninggal dunia.

Kerajaan AS sebelum ini menawarkan ganjaran AS$5 juta jika dia ditangkap atau dibunuh.

Aymenn Jawad Tamimi, pakar kumpulan-kumpulan pengganas, berkata kematiannya “melambangkan dan menandakan pengaruh Daesh yang semakin melemah.”

“Jika dia terkena ofensif udara perikatan tentera, ia menunjukkan tahap penerobosan risikan oleh perikatan itu adalah amat tinggi,” katanya.

Seorang pegawai pertahanan AS menyifatkan Adnani sebagai antara pemimpin paling kanan Daesh dan jauh lebih penting daripada setakat sebagai jurucakap kumpulan itu.

“Dia berkhidmat sebagai ketua operasi luaran ISIL, mengarahkan dan mempengaruhi serangan-serangan pengganas besar-besaran di luar Iraq dan Syria,” katanya, yang mengaitkan Adnani dengan siri serangan berprofil tinggi yang membunuh ratusan orang, termasuk di Paris, Brussels dan Istanbul.

“Jika disahkan, ini tamparan amat hebat kepada Daesh, dan akan melemahkan kemampuannya mengarahkan dan mempengaruhi serangan pengganas terhadap Barat,” ujarnya, yang enggan memberi namanya. – AFP

Tags: DaeshISILISIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd